seismik

[VIDEO] "Layan Macam Tak Ada Duit" - Wanita Luah Rasa Geram Lihat Layanan Pekerja Kedai

Layanlah semua orang dengan baik okay.

Cover image via @ychoong1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernahkah anda berdepan dengan situasi di mana pekerja kedai memberi layanan buruk kepada anda?

Pasti ianya agak sukar untuk kita sebagai seorang pelanggan bukan? Tetapi, bukanlah semua pekerja kedai berperangai begitu. Ada yang melayan pelanggan mereka dengan sangat baik.

Namun, tular baru-baru ini di TikTok memaparkan seorang wanita meluahkan rasa geramnya terhadap seorang pekerja kedai telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ychoong1 @bathandbodyworks u tengok staff u halau kita sebab kata kite tak scan padahal saya sudah scan outlet puchong ioi mall #fyp #fypage #fypviral #bathandbodyworks bunyi asal - Berbawang merah

Bengang lihat cara layanan pekerja padanya

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi kekecewaanya selepas saja dia memasuki sebuah kedai di sebuah pusat beli-belah.

Difahamkan, pekerja tersebut menghalaunya keluar dari kedai kerana tidak scan MySejahtera. Tetapi, menurut wanita itu sebenarnya dia sudah pun mengimbasnya sebelum memasuki kedai.

Malah, dia mendakwa cara layanan pekerja itu juga sangat tidak patut kerana dia menganggap pekerja itu melayannya seperti 'tiada duit'.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@ychoong1 Elok la gaduh dengan customer @bathandbodyworks tolong la kenapa ada staff macam nie apa salah aku pon aku tak tau baru masuk dah kena halau outlet ioi mall puchong #fyp #fypage #fypviral bunyi asal - Berbawang merah

"Weyh kakak aku baru kena dua hari lepas, minggu lepas aku kena" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 86.7K likes dan 3,093 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak salah pun layan semua orang dengan elok kan? Harap isu ini dapat diselesaikan secara baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: