seismik

[VIDEO] Mek Yun Sedekah Limau Dekat Rumah Ibadat Melayu, Cina & India Terima Pujian Ramai

Wah, dapat limau free tu.

Cover image via @mekyunnnn (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain tidak kira agama dan bangsa

Itulah sikap yang dapat dilihat melalui sebuah video yang dikongsikan oleh @mekyunnnn di TikTok memaparkan influencer tersebut berkongsi rezeki kepada orang ramai tidak kira agama.

Menerusi video berkenaan, Mek Yun dilihat membawa beberapa kotak berisi limau Mandarin diberikan kepada rumah-rumah ibadat iaitu masjid, kuih dan tokong.

Katanya, perkara yang dilakukan itu adalah bertujuan untuk berkongsi adat turun temurunnya bersama bangsa lain kerana kita hidup dalam suasana masyarakat yang harmoni.

"Kalau ada undian untuk icon perpaduan memang aku akan undi Mek Yun" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 334.7K views, 31.7K likes dan 800 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata reaksi diberikan netizen memuji tindakan Mek Yun dalam video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

@mekyunnnn Paling penting, kita kena hidup harmoni & 1 Malaysia kan korang? #fyp Acoustic instrument and piano main instrument - Lyrebirds music

Semangat inilah yang kita perlu terus pupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: