seismik

[VIDEO] "Meremang Bulu Roma" - Ketukan Pintu Kuat Tanpa Salam Hantui Penduduk Sabak Bernam

Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi.

Cover image via Sinar Harian & Zara Ayie (Facebook)

Penduduk di beberapa kampung di daerah ini diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam

Ianya menjadi tular di laman sosial media apabila kejadian itu dikongsikan sendiri oleh penduduk Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting di Sabak Bernam.

Penduduk mendakwa mereka diganggu pada waktu malam hingga awal pagi dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa diberi salam.

Malah, beberapa gambar di Facebook dan Twitter juga turut dikongsikan mengenai kisah ini dan memaparkan video bunyi ketukan pintu tersebut dan beberapa keping gambar.

Ketuk pintu seolah-olah macam seseorang nak masuk cepat

Menerusi laporan, Seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, berkata kejadian itu berlaku pada jam 10.45 malam apabila pintu dapur di rumahnya diketuk dengan kuat.

"Semasa kejadian saya sedang berehat sambil menonton televisyen di dapur selepas pulang menjual burger.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu dapur rumah diketuk dengan kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan cepat.

"Mulanya saya membiarkan sahaja sebab ingatkan anak saudara datang ke rumah, tapi saya dengar bunyi ketukan itu semakin kuat sebelum saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah," katanya.
Namun, ia sekali lagi menganggu rumahnya selepas beberapa minit kemudian dengan bunyi yang sama di dalam bilik air rumahnya.

"Seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma meremang sebaik dengar ketukan pintu di bilik air yang sudah lama tidak digunakan," katanya.

Rupanya ramai penduduk turut merasai kejadian yang sama

Tidak hanya Khairol, rupanya penduduk setempat di sana juga turut merasai situasi yang sama apabila mendengar bunyi ketukan tersebut.

Salah seorangnya bernama Nor Azuwa Shaaban, yang berkata, bunyi misteri sama turut dialami dua orang adik perempuannya yang menetap di Kampung Batu 38.

Dia memberitahu kejadian berlaku selepas salah seorang adiknya menyelesaikan tugasan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah.

Tetapi, selepas dia memasuki ke dalam rumah, terdengar bunyi pintu depan diketuk dan kebetulan seorang lagi adiknya yang sedang duduk di sofa turut mendengar bunyi yang sama.

Jenguk di tingkap tapi tiada siapa di luar rumah

Kejadian yang sama turut berlaku kepada Nor Zaihana yang memberitahu ianya berlaku semasa dia sedang menidurkan bayinya berusia empat bulan.

"Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah.

"Seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam," katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati warganet turut berkongsi kisah mereka dan pendapat mengenai kejadian tersebut

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: