seismik

[VIDEO] Netizen Teruja Tengok Saiz Kura-Kura Peliharaan Uncle Ini, Siap Anggarkan Usianya

Bukan biasa-biasa saiz dia.

Cover image via @anaestasyia (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai haiwan peliharaan sememangnya dapat menghilangkan rasa bosan kita

Tambahan lagi jika kita selalu berseorangan, haiwan peliharaan lah yang menjadi peneman kita. Kadang-kadang kita juga sampai bercakap dengan mereka betul tak?

Kebiasaannya ramai orang yang suka memelihara kucing kerana ianya comel dan menghiburkan. Tetapi, ada juga yang memelihara haiwan lain yang mereka suka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang uncle membawa haiwan peliharaannya bersiar-siar telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bawa kura-kura peliharaan jalan petang di kawasan rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang uncle Cina sedang berada di kawasan perumahannya bersama haiwan peliharaannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia bukanlah membawa haiwan peliharaan seperti kebiasaan orang iaitu anjing dan kucing, tetapi dia membawa kura-kura miliknya.

Lebih menakjubkan lagi, saiz badan kura-kuranya itu sangat besar dan laju ketika berjalan. Difahamkan nama kura-kura tersebut ialah Kursar.

"Selalu tengok orang bawa anjing, ni lain macam" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat saiz badan kura-kuranya itu.  Malah, ramai yang memberi pendapat tentang di sebalik nama haiwan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 230.9K views, 27.8K likes dan 925 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hebatlah uncle! jarang nak tengok orang bawa keluar haiwan peliharaan macam ni :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: