[VIDEO] "Only Less Than 30 Seconds" - Cara Yuna Promosi Fesyen Mesra Alam Ini Curi Tumpuan
How brilliant!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa je tak kenal dengan Yuna bukan?
Penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah, yang telah melakar nama di persada antarabangsa
Yuna, atau nama penuhnya Yunalis Zarai, sebelum ini telah beberapa kali melakar sejarahnya sendiri di luar negara apabila merakamkan lagu bersama penulis lagu dan penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat iaitu Usher menerusi lagu 'Crush'.
Selain itu, Yuna juga telah berkolaborasi dengan penyanyi G-Eazy menerusi dua lagu iaitu 'Lights and Camera' dan 'Blank Marquee'.
Bukan itu sahaja, Yuna yang menetap di Amerika Syarikat juga pernah bekerjasama dengan komposer terkemuka seperti David Foster dan Pharrell Williams.
Ambil masa kurang daripada 30 saat je untuk promosi semuanya tentang produk dan fesyen
Yuna mencuri tumpuan warganet di media sosial, apabila dia kelihatan bersahaja dalam promosikan dan bercakap tentang produk serta fesyen yang dipakai olehnya.
Video itu dimuat naik sendiri semula oleh pereka fesyen terkenal tempatan, Hatta Dolmat di laman Twitter miliknya.
Berikut di bawah adalah video penuh Yuna ketika ditemu bual baru-baru ini:
Sebagai rekod, Hatta Dolmat memperoleh pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai pereka fesyen pertama menghasilkan koleksi kelestarian alam
Pereka tempatan ini berjaya merevolusikan penghasilan pakaian lengkap secara lestari dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar menerusi visi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah.
Yuna merupakan salah seorang artis tanah air yang berpeluang untuk menyarung sendiri koleksi kelestarian alam berkenaan.