seismik

[VIDEO] Siap Pakai Gelang Emas, Lelaki Tampil Dengan Jenama 'High-End' Ini Curi Tumpuan

Siap sebut harga satu per satu itu.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama mewah tidak dinafikan telah menjadi idaman orang ramai kerana design dan kualitinya

Semestinya barangan mewah mempunyai harga yang jauh lebih mahal berbanding barangan yang lain. Tak semua orang mampu untuk membeli barangan seperti itu. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki memakai pakaian serba jenama mewah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Dari atas sampai bawah semuanya jenama mewah, siap pakai gelang emas

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat memakai baju mewah pada seluruh badannya daripada topi hingga kasut. Semuanya merupakan barangan mewah yang mahal. 

Topinya merupakan jenama Balenciaga yang berharga RM2K. Dia juga memakai sweater Armani Exchange yang berharga RM2K, beg Gucci yang berharga RM10K, kasut Balmain RM7K, beg sling Gucci berharga RM5K dan gelang emas yang mempunyai nilai keseluruhan sebanyak RM50K. 

"Kaya tapi tak ada taste dalam styling pun tak boleh jugak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 976K views, 2K retweets dan 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Dengan selamba dia show off kekayaannya kan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: