x

seismik

"Aku Pun Pernah Kena" - Prank Bagi Barang Waktu Orang 'On The Phone' Ini Buat Ramai Dekah!

Memang lawak tengok muka keliru masing-masing!

Cover image via TikTok @wobbjobs

Betul ke kalau kita bagi apa-apa sahaja barang pada sesiapa yang sedang on the phone, dia akan ambil je barang tu dan no question asked?!

Jawapannya, BETUL!

Perkara ini telah dibuktikan melalui satu video yang dikongsikan akaun TikTok @wobbjobs.

Dalam video itu, seorang wanita telah melakukan satu 'prank' iaitu dengan memberi barangan random kepada beberapa orang rakan sekerjanya semasa mereka sedang dalam talian.

Lawaknya, tidak kiralah barang apa pun, baik botol air, lampu, mahupun screw driver, ternyata semuanya telah diambil oleh mereka yang sedang sibuk on the phone.

Video lucu ini kemudiannya telah dimuat naik semula di laman Twitter oleh @fasvii.

Susulan tularnya perkongsian itu, rata-rata netizen terhibur dengan prank berkenaan

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga beberapa netizen yang berkongsikan bagaimana mereka turut melakukan prank yang sama kepada rakan masing-masing.

Ternyata, memang ramai yang memberi respon akan ambil sahaja barang yang diberi tanpa sebarang pertanyaan.

Antara komen menarik daripada netizen:

Cuba korang pula buat prank ini dekat kawan atau family korang. Mesti lawak tengok reaksi keliru masing-masing!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik: