seismik

[VIDEO] "Den Kayo!" - Gelagat Bapa Ini Dapat Surprise 'Kek Duit' Buat Netizen Sama Teruja!

Wang besar, wang besar!

Cover image via Twitter @izzahilyanaa

Pasti seronok bukan dapat menggembirakan hati ibu dan bapa kita?

Iyalah, sudah banyak pengorbanan yang telah dilakukan ibu dan bapa demi membesarkan anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna.

Bahkan, mereka sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga, serta wang dalam membesarkan anak tersayang sehingga penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.

Image via Kompasiana

Oleh itu, kita seharusnya menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk membalas jasa-jasa ibu dan bapa kita.

Walaupun mustahil dan tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka, namun begitu, cubalah sedaya-upaya untuk memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada mereka dalam apa jua bentuk sekalipun.

Baru-baru ini viral di laman media sebuah video menunjukkan seorang bapa mendapat kejutan 'kek duit' semasa sambutan hari lahirnya

Menerusi video yang dimuat naik oleh Izzah Ilyana di laman Twitter itu, dapat dilihat dia telah memberi kejutan kepada bapanya dengan memberi pull-out money cake atau kek tarik duit sempena hari kelahiran bapa serta abangnya.

Ternyata reaksi mereka terutamanya si bapa yang sangat teruja telah berjaya menarik perhatian serta menghiburkan hati warganet.

Lihat sahaja video penuh di bawah:

Susulan dari tularnya video itu, ternyata ramai yang turut sama teruja dan merasakan respon yang diberi bapa Izzah sangat comel, lebih-lebih lagi kerana adanya loghat pekat 'nogori'.

Antara komen menarik dari warganet:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: