seismik

[VIDEO] Tersalah Beli Tasbih Panjang Di Makkah, Komen Netizen Pula Curi Perhatian

Ramai boleh pakai tasbih ini.

Cover image via @syierah_azman (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah pasti, impian semua umat Islam adalah untuk menunaikan haji bersama keluarga tersayang

Melihat tempat-tempat yang diceritakan di dalam Al-Quran dan merasai sendiri pengalaman melakukan perkara-perkara dalam rukun haji. 

Namun, lain pula yang jadi baru-baru ini apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan sebuah barang yang dibeli dari Makkah telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@syierah_azman beli kat mekah.. bukak kat rumah baru tahu salah beli #tasbih #salahbeli #mekah Loh Eh Eh Kocak - Ari Rubiyanto

Tersalah beli tasbih panjang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syierah_azman di TikTok, kelihatan seorang individu merakam tasbih yang dibeli oleh ibunya ketika menunaikan haji di Makkah. 

Apa yang menarik perhatian adalah ibunya tersalah beli tasbih yang memaparkan saiznya yang amat panjang. 

"Ni kalau bawa pergi masjid terkejut pak imam haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.3M views, 89.3K likes dan 2,155 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat tasbih itu dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Panjang betul tasbih dia ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: