seismik

[VIDEO] Gelagat Lelaki Sakat Wanita Pakai Tudung Penuh Tulisan Ini Bikin Dekah

Banyak betul tulisan dia.

Cover image via @syafiqesa9 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang gemar membaca surat khabar tidak kiralah dalam talian atau yang dicetak

Terdapat pelbagai perkara yang dibuat oleh mereka sambil membaca. Sebagai contoh, ada yang memilih untuk baca sambil makan. Dengan amalan ini, ia dapat membantu kita dengan menambah pengetahuan sekaligus kosa kata. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita memakai tudung 'surat khabar' telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@syafiqesa9 Jarang dh jumpa org baca paper … sebb semua berita dh ade dekat media sosial .. #fyp#klang #mantapmelayu #simpang4telukpulai bunyi asal - Syafiq Esa

Tunjuk tudung penuh tulisan seolah-olah baca surat khabar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafiqesa9di TikTok, kelihatan seorang lelaki dirakam oleh seseorang individu di sebuah kedai makan. 

Apa yang mencuit hati adalah lelaki tersebut dilihat menarik sambil menunjukkan tulisan yang terdapat pada tudung yang dipakai oleh seorang wanita. Dalam video itu, dia berseloroh dengan mengatakan "nak tengok berita?" sambil menterjemahkan tulisan itu ke arah kamera. 

Hal itu menyebabkan mereka yang di situ tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar terjemahan lelaki itu. 

"Ni kalau jumpa kat dalam LRT mahu semua orang baca sambil berdiri haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 465.6K views, 22.4K likes dan 536 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan memberi pelbagai komen mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Unik sangat tudung tu ya kak, kelakar betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: