seismik

[VIDEO] Reaksi Wanita Pertama Kali Cuba Makan Wasabi Dengan Susyi Ini Bikin Dekah

Banyak sangat letak tu kak.

Cover image via @pevchyj4ne (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, susyi merupakan sejenis makanan Jepun berupa nasi bersalut dan diletakkan lauk, terutamanya ikan mentah di bahagian atasnya

Tidak keterlaluan jika dalam kalangan rakyat Malaysia, kebanyakannya menjadikan makanan popular dari Jepun ini sebagai menu pilihan untuk makan tengah hari dan malam. 

Pelbagai aneka pilihan susyi bersama ramuan yang segar serta sesuai dengan citarasa rakyat menjadikannya hidangan yang perlu dicuba sekali seumur hidup.

Setiap orang, berbeza cara menikmati susyi, ada yang makan dengan cicahnya ke dalam kicap dan ada yang menjamahnya bersama wasabi. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berkongsi pengalaman pertamanya makan susyi. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@pevchyj4ne

wasnt expecting wasabi to taste like that..

original sound - Cory Hunter Winn

Letak wasabi dalam kuantiti yang banyak sebab first time tapi terus mata berkedip-kedip lepas makan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pevchyj4ne di TikTok, kelihatan wanita merakam dirinya menikmati susyi di restoran terkenal makanan Jepun. 

Dalam video itu, dia dilihat ingin cuba wasabi dan mengatakan ia adalah pengalaman kali pertama merasainya. Namun, apa yang menarik perhatian adalah reaksi wajahnya selepas mencuba. 

Matanya dipaparkan berkedip-kedip sebelah mata selepas dia meletakkan wasabi itu di atas susyi menggunakan senduk. Dia juga dilihat mengalami masa yang sukar untuk mengunyahnya. 

“My dad fed me a spoonful of wasabi as a kid because he told me it was avocado or something. There were tears streaming down my face” - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.3M views, 182K likes dan 2,078 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat matanya selepas mencuba wasabi itu dan ramai juga yang boleh relate dengan wanita tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Akak okay tak tu lepas cuba wasabi? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: