seismik

[VIDEO] Influencer Lelaki Ini Sibuk Sign Autograf Buku Tapi Ada Pula Plot Twist

Tiba-tiba saja terjadi.

Cover image via @irfan.khairi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi peminat buku sudah pasti ingin bertemu dengan penulis kegemaran mereka, bukan?

Apatah lagi penulis membuat sesi autograf, semestinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke sana. Iyalah, pengalaman yang jarang didapati dan pasti berharga buat mereka. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang penulis buku yang mengadakan acara autograf telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@irfan.khairi

Kenapa saya kena macam ni???

Funny - Gold-Tiger

Asyik sign autograf buku sampai tak sedar tertandatangan buku death note

Menerusi video yang dimuat naik oleh @irfan.khairi di TikTok, kelihatan seorang lelaki yang merupakan penulis buku sedang mengadakan sesi autograf bukunya di sebuah tempat.

Dalam video itu, dia telah didatangi oleh seorang lelaki yang menghulurkan sebuah buku untuk mendapatkan tandatangannya, namun apa yang tidak dijangka adalah, lelaki itu telah memberi buku berwarna hitam yang tertera nama death note di halaman muka hadapan.

Difahamkan, death note merupakan sebuah manga terkenal dari Jepun yang berkisahkan tentang sebuah buku yang dapat membunuh sesiapa saja dengan menuliskan nama orang berkenaan. 

Hal itu menyebabkan penulis buku tersebut terus melihat ke arah pemberi dan menunjukkan reaksi keliru dan tergamam apabila melihat buku itu.

"Allah yang last tu memang dah lama pendam dengan abang haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.7M views, 225.4K likes dan 2,814 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan memberi pelbagai komen mencuit hati mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Takut kita tiba tiba abang tu bagi buku :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via postimg.cc

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: