seismik

[VIDEO] Wanita Ini Seronok Buat Video Masak, Sampai Tak Sedar Ada Lipas Hinggap Dekat Baju

Boleh pulak dia tak perasan.

Cover image via @brekkiemart (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti ada rasa takut atau geli kepada serangga bukan?

Antara contohnya adalah cicak dan lipas. Kedua-dua serangga ini dilihat sangat menggelikan. Tambahan pula dengan lipas, ia biasanya selalu dijumpai di tempat yang kotor. Lebih menakutkan lagi bila dia mula membuka sayap dan terbang. Pasti anda akan terus menjerit.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita berdepan dengan situasi cemas ketika dia sedang melakukan video masakan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah syok buat video masak, sekali lipas muncul terus jadi gelabah

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu sedang memasak telur dadar sambil merakamnya. Dia kemudian membuka kabinet untuk mengambil beberapa bahan masakan.

Namun, secara tiba-tiba keluar seekor lipas daripada kabinet tersebut membuatkan dia gelabah dan menghalaunya. Dia kelihatan menutup pintu kabinet itu dan sambung melakukan kerjanya seperti biasa.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah dia sama sekali tidak sedar bahawa lipas itu sebenarnya hinggap pada bajunya sepanjang dia memasak. Namun, dia selepas itu menyedarinya dan terus menghalau serangga itu dari bajunya.

Di akhir video pula kelihatan lipas itu sebenarnya masih berada di bajunya walaupun ia disangka telah dihalau. Lipas itu juga kelihatan seperti tenung ke arahnya tanpa dia menyedarinya.

"Geli lah hahaha kalau I memang tak berdiri kat situ dah, terus lari" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ada yang merasa geli melihat apabila lipas itu hinggap di bajunya. Ada juga yang bergurau dengan memberitahu lipas itu seperti mahu membalas dendam kepada wanita tersebut selepas memukulnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 979.3K views, 12.8K retweets dan 29.4K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Lama juga dia nak perasan ada lipas hinggap dekat baju dia tu ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: