seismik

[VIDEO] Wanita Ini Terkejut Ular Sawa Tiba-Tiba Muncul Dekat Side Mirror Kereta. Seriau!

Kus semangat.

Cover image via @rynaiena06 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ular sawa merupakan haiwan berbisa yang sangat bahaya dan boleh membuatkan sesiapa saja takut jika terjumpanya

Malah, lebih mengerikan jika ia tiba-tiba muncul di dalam rumah atau pun bilik tanpa kita sedari. Seperti mana yang kita tahu, ular akan keluar daripada habitatnya apabila cuaca panas.

Tetapi, berbeza pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila seekor ular sawa muncul di side mirror keretanya mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@rynaiena06

boleh plak dia ikot kita ...dri mana lah awak dtg tbe2 muncul je terperanjat sbaik x bersalin awal sy ...apa2 kau aq dah hntr ke bomba

Biarlah Semua Berlalu - Willy Anggawinata

Terkejut tiba-tiba ular melingkar di side mirror masa dalam perjalanan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rien_riena dengan kapsyen "Boleh pulak dia ikut kita, dari manalah awak datang tiba-tiba muncul je terperanjat nasib baik tak bersalin awal saya. Apa-apa aku dah hantar ke bomba", kelihatan seekor ular sawa sedang melingkar di cermin sisi keretanya.

Ular sawa itu dilihat seperti tidak boleh melepaskan dirinya kerana kereta itu dibawa dengan laju. Lebih menghiburkan, ada warganet yang berkata ia sedang menikmati udara dan angin di luar.

"Huhuhu beraninya awak, kalau saya ni terus stop kereta lari jauh-jauh dah" - Warganet

Ikutan tularnya video berkenaan yang sehingga kini telah mendapat 353.3K views, 12.4K likes dan 1.5K shares di TikTok, rata-rata warganet turut merasa cuak selepas melihat ular sawa tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Takutnya tengok ular tu, siapa yang pernah alami situasi macam ni?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: