seismik

[VIDEO] Wanita Tak Nak Mengalah Dah Silap Jalan Masuk, Siap Minta Pula Ada Common Sense

Eh, dia pula marah.

Cover image via @arezray (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna jalan raya, adalah menjadi tanggungjawab kita mengikuti segala undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan

Hal ini kerana bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang insiden sehingga boleh melibatkan nyawa seseorang.

Malah, kita juga perlu lebih peka dan berhemah ketika memandu di atas jalan raya kerana bukan kita sahaja yang menggunakannya tetapi ramai lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan rakaman dashcam daripada seorang pemandu yang terkejut dengan tingkah laku pemandu wanita.

Dah salah jalan tapi dia pula yang marah

Menerusi rakaman video dashcam dari akaun TikTok @arezray, kelihatan semasa itu dia sedang berada di sebuah lokasi sebelum didatangi sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Di dalam video tersebut, pemandu wanita berkenaan secara tiba-tiba telah memandu ke arah bertentangan yang kemudiannya ditegur oleh pemandu lelaki itu.

Namun, selepas dia menegur, wanita tersebut mula meninggikan suaranya dan memberitahu bahawa pemandu lelaki itu tidak mempunyai common sense terhadapnya.

"Kejadian semalam penutup 2024 jumpa dengan spesis yang dah salah tak reti nak mengaku salah minta maaf apa tak ada lagi mahu berlagak. Kau dah wrong way pastu suruh aku ketepi & common sense,"
tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

@arezray

Kejadian semalam penutup 2024..jumpa dengan spesis yang dah salah tak reti nak mengaku salah..minta maaf apa takde lagi mau berlagak..ko dah wrong way pastu suruh aku ketepi & common sense?? Wtf..driver VCR360 jenis otak tinggal kat umah atau memang takde otak..

original sound - AreZray

Pening juga kepala kalau jumpa orang macam ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: