seismik

[VIDEO] Wanita Terkejut Tengok Seller Bungkus Barang, Dah Macam Bentuk 'Mayat'

Memang terkejut tengok.

Cover image via @dian_dianz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang kini memilih untuk membeli barangan secara online kerana mudah dan menjimatkan masa

Bukan itu saja, harganya juga kadangkala jauh lebih murah berbanding membeli di kedai luar. Jadi, buat apa nak bersusah payah keluar kalau boleh secara online atau delivery betul tak?

Namun, berbeza pula dengan video yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila dia terkejut melihat bungkusan barangan di rumahnya.

Lihat video itu di bawah:

Cuak tengok dah macam bentuk 'mayat' seller bungkus

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia ingin mengambil barangan suaminya.

Difahamkan, barangan itu dihantar ke rumah oleh courier dan diletakkan di atas tiang lampu rumahnya.

Tetapi, apa yang lebih mengejutkan dia adalah sebaik saja mahu keluar ambil, barangan itu tidak ubah seperti bentuk 'mayat'.

Perkara itu membuatkan dia seram sejuk dan tidak mengambilnya sehingga hari sudah malam kerana menunggu suaminya.

"Saya syakkan seller tak nak bagi orang curi barang tu dia balut gitu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 406.7K views, 28K likes dan 695 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Siapa je tak terkejut dapat barang macam tu kan? Seram!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: