seismik

[VIRAL] Kalau Penyakit Boleh Jadi 'Chicken Chop', Apa Akan Terjadi Kepada Pesakit?

Tak dinafikan, kedua-dua nama ini memang lebih kurang sama.

Cover image via mstar.com.my

Pernahkah anda keliru antara 'Chicken Chop' dengan 'Chicken Pox'?

Image via reactiongifs.us

Dua hari lepas, sebuah klinik di Sungai Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada salah seorang pelajar sehingga menjadi viral di laman sosial

MC tersebut dikeluarkan sebuah klinik swasta bagi mengesahkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh yang menghidap demam campak dan diberikan cuti sakit selama lima hari sehingga Jumaat ini.

mstar.com.my

Difahamkan, MC yang ditandatangani seorang doktor itu mencatat nama penyakit 'Chicken Chop' di MC tersebut

Image via mstar.com.my

Namun, difahamkan kesilapan tersebut bukan dilakukan oleh doktor tetapi kakitangan di klinik tersebut yang ditugaskan untuk mengisi slip MC berkenaan.

mstar.com.my

Bagaimanapun, kakitangan di klinik tersebut memberitahu ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak mereka

"Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak kami. Bagi pihak klinik ini, kami memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan mahu bangkit daripada kesilapan ini"

mstar.com.my

Harap-harap perkara ini takkan berlaku lagi. Bayangkan kalau kesilapan macam ni sering berlaku dan bukan di atas sekeping MC. Setakat mana kepercayaan anda terhadap doktor dan preskripsi ubat yang diberikan pihak klinik?

Lagi kesilapan yang mungkin mengejutkan orang ramai

You may be interested in: