seismik

Wanita Ini Terpaksa Bersanding Seorang Diri Kerana Cuti Suaminya Tidak Diterima

Hanya beberapa hari sebelum majlis mereka dapati bahawa suaminya yang kini giat menjalani latihan.

Cover image via nst.com.my

Wanita ini bersanding seorang diri selepas suaminya yang merupakan seorang bomba tidak dapat cuti

Badriyah Amirullah, 26, yang lengkap berbusana pengantin itu dengan beraninya menjalankan acara bersanding tanpa suami Syaiful izwan, disisi. 

Majlis yang diadakan di Teluk Intan, Perak itu masih meriah dengan rakan dan keluarga serta tetamu yang hadir. 

Dari perancangan mereka, majlis sebelah lelaki dapat dijalankan setelah diberitahu bahawa suaminya mendapat tiga hari cuti

Menurut laporan New Straits Times, suaminya sepatutnya mendapat tiga hari cuti dan kembali bekerja pada 19 Mac.

Mereka sangat teruja kerana dapat merancang majlis tersebut, walaubagaimanapun mereka hanya dapat merancang, Tuhan yang menentukan katanya. 

Hanya beberapa hari sebelum majlis mereka dapati bahawa suaminya yang kini giat menjalani latihan dibawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, tidak dapat sebarang cuti. 

Badriyah hampir menangis dihadapan mertuanya selepas mendapat perkhabaran tersebut

Dia mulanya, tidak mahu memakai busana pengantin yang telah ditempah kerana risau dia akan berasa kekok.

Sungguhpun begitu, dia dipujuk dan ditenangkan oleh kedua mertuanya.

"Saya mungkin tak akan dapat melaluinya seorang diri kalau mereka tiada," katanya.

Suaminya juga menggalakkannya untuk terus bersanding seorang diri kerana bagi suaminya dia masih seorang pengantin.

Ketibaannya seorang diri di majlis itu menimbulkan tanda tanya daripada setiap tetamu yang hadir

Menurutnya, kesemua tetamu seolah-olah mencari dimana pengantin lelaki, walaubagaimanapun, pengacara majlis dengan tangkas mengumumkan ketiadaan pengantin lelaki dalam majlis tersebut.

"Malu memang malu, tapi sebagai menantu sulung keluarga ini saya harus teruskan jua demi kedua mertua saya dan air muka mereka," katanya.

Dia juga berharap agar tiada sesiapa yang menyalahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat atas insiden ini

Dia berkata bahawa ini merupakan dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh sebagai isteri seorang ahli bomba.

Menurutnya, semua yang berlaku ada hikmahnya dan ini merupakan satu titik permulaan bagi pelbagai lagi cabaran di alam perkahwinan.

Pengalamannya bersanding seorang diri memang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. 

Macam mana kalau anda ditempat dia? Sanggup tak?

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagu yang wajib ada dalam majlis kahwin anda

Epik betul majlis kahwin ni!

You may be interested in: