seismik

Watak Mickey Mouse Versi Awal Kini Jadi 'Domain Awam', Disney Tidak Lagi Pegang Hak Cipta

Hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun, sepertimana mengikut undang-undang di Amerika Syarikat.

Cover image via AS Entertainment

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Versi awal watak animasi Disney, Mickey Mouse menjadi domain awam mulai 1 Januari 2024 kerana hak ciptanya telah tamat mengikut undang-undang Amerika Syarikat (AS)

Menurut laporan, hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun, sepertimana mengikut undang-undang di AS.

Watak ikonik itu memulakan kehidupan sebagai bintang 'Steamboat Willie', kartun pendek yang dikeluarkan pada 1928.

Diasaskan oleh ilustrator dan usahawan Walt Disney, Mickey adalah simbol kekal bagi jenama berbilion dolar itu.

Image via IMDB

Ini bermakna kini sesiapa sahaja di AS boleh menggunakan watak Mickey Mouse versi Steamboat Willie tanpa rasa takut akan pelanggaran hak cipta.

Bagaimanapun, undang-undang hak cipta berbeza mengikut negara, jadi di sesetengah tempat Mickey kekal dilindungi.

Sepanjang 90 tahun yang lalu, banyak taman tema Disney muncul di seluruh dunia, dan Mickey Mouse menjadi watak terkenal di dunia dan tertera pada pakaian, peralatan rumah dan juga makanan.

Karakter Mickey Mouse 'membintangi' atau 'membuat penampilan' dalam ratusan filem, permainan video dan rancangan televisyen, terutamanya Fantasia dan Get a Horse.

Bagaimanapun, versi moden watak itu masih dilindungi sepenuhnya mengikut undang-undang hak cipta di AS.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: