seismik

Nas-T Sah Jadi Watak Utama Dalam Filem 'Keluang Man', Berjaya Lepas Hantar Video Ujibakat

Tak sabar nak tengok Nas-T jadi Borhan!

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Teka-teki siapakah bakal membawa watak utama filem terbaharu, Keluang Man akhirnya terjawab!

Image via Google Doodle

Pelakon, DJ dan pengacara, Nas-T, 40 secara rasmi diumumkan sebagai Borhan iaitu watak utama filem adaptasi animasi terkenal Keluang Man itu.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar dipilih berdasarkan video ujibakat yang dihantar kepada Astro Shaw beberapa bulan lalu.

Menerusi sidang media secara langsung yang disiarkan di Facebook Astro Shaw, turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu Shamsir yang dipegang oleh Remy Ishak, Ahmad yang digalas oleh Datuk Rosyam Nor serta Inspektor Sahab yang diberikan kepada Anwar Beg Mughal.

“Saya masih nervous, masih tak percaya saya dipilih sebab prosesnya sangat sukar. Ia punyai empat fasa, ramai pelakon hebat pun mencuba nasib. Saya rasa sangat kerdil,” kata Nas-T.

Nas-T secara rasmi diumumkan sebagai watak utama filem Keluang Man.

Image via Suka Filem (Facebook)

Filem Keluang Man akan memulakan penggambaran pada 2024 dan dijadualkan tayangannya pada 2025

Sebagai rekod, filem Keluang Man versi ‘live action’ ini akan diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim.

Sementara itu, Keluang Man sebelum ini adalah siri animasi legenda Malaysia yang pernah mencetuskan fenomena apabila ditayangkan di kaca televisyen (TV) pada 1998.

Diilhamkan Allahyarham Kamn bersama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor, siri animasi Keluang Man diterbitkan sebanyak tujuh musim dengan lebih 140 episod yang mengumpan peminat terutama kanak-kanak pada era itu.

Menampilkan adiwira diilhamkan daripada keluang, elemen komedi diselang-selikan dalam siri animasi Keluang Man terus diingati biarpun sudah lebih dua dekad berlalu.

Watak utama diminati ramai adalah Borhan yang juga Keluang Man sebagai pesakit di hospital mental yang berubah menjadi adiwira bagi membanteras penjenayah pada waktu malam dengan bantuan rakan, Tiong Man.

Pastinya semua tak sabar menanti filem Keluang Man ini di pawagam bukan? Admin pun sama! \m/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: