"You're So Lucky!" - Baru 19 Tahun, Wanita Kahwin Dengan Jejaka Palestin Ini Curi Tumpuan
Macam dalam novel pula.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan, perkahwinan campur di Malaysia bukanlah satu perkara asing lagi
Hal ini kerana ramai wanita Malaysia dilihat berkahwin dengan lelaki dari negara luar. Kebiasaannya mereka memilih lelaki yang berasal dari Bangladesh, Indonesia, India dan juga Pakistan.
Namun, berbeza pula dengan seorang wanita berumur 19 tahun ini apabila videonya tular di TikTok gara-gara dia mendedahkan suaminya yang berasal dari Palestin mencuri tumpuan warganet.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Berjaya meraih perhatian ramai selepas berkongsi gambar suami dan anak di TikTok
Menerusi perkongsian video daripada Alia Jefri, ia memaparkan beberapa keping foto dan rakaman menunjukkan suaminya yang merupakan orang Palestin.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila Alia juga dilihat memuat naik foto dan video anak mereka yang sangat comel.
Menurut Alia, mereka berdua telah dijodohkan oleh ayah tirinya yang juga berketurunan Palestin sebaik saja habis sekolah pada umur 17 tahun.
"Please lupakan Koreans, I want Palestinians now" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 853K views, 108.6K likes serta 3.7K shares di TikTok.
Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut kagum dengan perkahwinan mereka dan cara Alia yang matang walaupun berkahwin pada usia yang sangat muda.
Malah, ramai yang meminta tips bagaimana Alia bertemu jodoh dengan suaminya dan memasang angan-angan ingin bersuamikan orang Palestin juga kerana wajah mereka yang tampan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Sesungguhnya jodoh tu rahsia Allah SWT. Umur bukan penghalang betul tak? Kami doakan semoga perkahwinan Alia dan suami sentiasa bahagia hingga ke jannah :)