Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

7 Menu Sandwich Yang Senang & Wajib Cuba Untuk Sahur. Confirm Kenyang Seharian!

Get ready untuk bulan puasa.

Cover image via Seismik Makan (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Dah bersedia untuk bulan Ramadan? Dah ada menu untuk sahur?

Image via GIPHY

Hmm, mesti tengah fikir lagi kan nak sediakan apa untuk sahur. Jangan risau, anda kini boleh sediakan menu sahur yang simple dan sedap. Guna roti je sebagai bahan utama!

Bukan saja mudah untuk dihasilkan, malah boleh buatkan anda kenyang seharian. Dijamin anda akan bertenaga sepanjang seharian berpuasa. Sesetengah orang mungkin tak berselera nak makan nasi pagi-pagi, haa, boleh cuba menu roti ini.

Tunggu apa lagi? Jom jom jom!

Sudah bersedia? Let's cook!

1. Chessy sausage french toast

Sudah tentu ramai dekat sini yang minat sosej bukan? Roti telur berintikan sosej yang disaluti dengan cheese meleleh... Emm, memang tak boleh bawa bincang. Rasa nak habiskan semua! Bahan dan cara penyediaan senang je, confirm you guys akan berjaya hasilkan Cheesy sausage french toast. 

Bahan-bahan:

  • Sosej
  • Roti putih
  • Mayonis
  • Keju keping
  • Mentega
  • Telur
  • Lada Hitam

Cara-cara:

1. Goreng sosej dan potong kecil-kecil.

2. Sapukan mayonis ke atas roti. Kemudian lapiskan keju keping dan potongan sosej.

3. Tutup menggunakan satu lagi keping roti.

4. Dalam satu mangkuk, pukul telur bersama lada hitam.

5. Celup sandwic ke dalam telur secukupnya, dan goreng sehingga garing.

2. Nutella french toast

Nutella is everyone's favourite! Rasa hazelnut cocoa spread tu memang tiada tandingannya. Roti telur yang berintikan Nutella memang perfect for breakfast, tea and of course dessert time. Bayangkan coklat tu cair dalam mulut...fuhhh!

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar susu
  • 1 sudu kecil gula
  • Roti putih secukupnya
  • Nutella secukupnya
  • Mentega (unsalted)

Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan telur, esen vanila, susu dan gula. Pukul sehingga sebati.

2. Sapukan Nutella secukupnya ke atas roti putih. Kemudian lapiskan satu roti untuk membuat sandwic.

3. Celup sandwic ke dalam telur. Pastikan sandwic disalut telur secukupnya.

4. Goreng sehingga garing keperangan.

3. Garlic bread grilled cheese

Garlic bread? Dengan cheese? Yes! Tak boleh nak elak ni, mesti kena try. Biasa makan atau beli kat luar je kan? Kali ini, cuba hasilkan garlic bread dengan resepi yang senang ni. Guarantee lebih sedap dari yang dekat luar. Tanpa oven tau.

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 50 gram mentega (suhu bilik)
  • 1/2 sudu besar daun parsley (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 4 keping roti
  • 4 keping keju mozarela

Cara-cara:

1. Tumbukkan 3 ulas bawang putih di dalam lesung batu sehingga lumat.

2. Tambahkan secubit garam dan tumbuk sehingga menjadi pes.

3. Tambahkan 50 gram mentega dan gaul. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa, 1/2 sudu besar daun parsley dan gaul sehingga sebati.

4. Sapukan campuran mentega kepada roti sehingga rata.

5. Masakkan pada api yang sederhana sehingga keperangan.

6. Letakkan 4 keping keju mozarela, masak sehingga cair dan terbalikkan.

7. Garlic Bread Grilled Cheese sudahpun siap! Jangan lupa untuk tarik cheese sepanjang mungkin!

4. Cinnamon sugar french toast

Rasakan kenikmatan cinnamon sugar french toast ini. Bukan sekadar roti tau... Rasanya manis, crunchy emm memang perfect makan petang-petang dengan kopi. 

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar susu
  • Roti putih secukupnya (dipotong jejari)
  • Mentega secukupnya
  • 1/4 cawan gula
  • Serbuk kayu manis secukup rasa

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, pukul telur bersama esen vanila dan susu sehingga sebati.

2. Dalam pinggan asing, gaul gula dan serbuk kayu manis sehingga rata.

3. Celup jejari roti dalam telur yang telah dipukul tadi. Kemudian, goreng dengan mentega cair sehingga golden dan crispy.

4. Toskan, kemudian masukkan french toast kedalam campuran gula dan serbuk kayu manis. Salut sehabisnya. Dah siap!

5. Cheesy egg sandwich

Selalu buat roti telur je? Apa kata kali ini buat roti yang special sikit. Tambahkan keju keping di dalam roti. Jom cuba resepi istimewa ni, confirm anda dapat hasilkan roti level-level kafe!

Bahan-bahan:

  • 1 keping roti putih
  • 1 sudu kecil mayonis
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil mentega
  • 1 keping keju
  • Lada hitam secukupnya

Cara-cara:

1. Sapukan mayonis ke atas roti. Potong roti kepada separuh.

2. Pukul telur sehingga kembang.

3. Dalam kuali yang telah dipanaskan, cairkan mentega.

4. Masukkan telur dan masakkan seketika. Masukkan roti (bahagian yang disapu mayonis dihadapkan ke atas).

5. Menggunakan pinggan, terbalikkan roti telur. Lipatkan telur dengan kemas.

6. Letakkan keju ke atas roti telur dan taburkan lada hitam secukupnya.

7. Gorengkan roti telur sehingga keperangan.

6. Teriyaki chicken wanpaku sandwich

Ada tak dekat sini peminat setia ayam teriyaki? Ini dia hidangan yang tepat untuk anda! Senang dan sedap. Perfect for breakfast. Roti yang berintikan ayam dan sayur ini memang sangat penuh dengan khasiat dan fresh.

Bahan-bahan:

  • 1 dada ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar sos teriyaki
  • 1/2 biji lobak merah (dihiris nipis)
  • 1/2 biji timun jepun (dihiris nipis)
  • 1/2 biji tomato
  • Sengenggam kubis ungu (dihiris nipis)
  • 2 keping roti putih
  • 2 sudu besar mayonis

Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, gaulkan ayam bersama secubit garam dan 1 sudu besar sos teriyaki. Perap selama 10 minit.

2. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Ketepikan.

3. Sapukan mayonis kepada kedua-dua keping roti.

4. Susunkan sayur secara selang seli di atas roti. Gunakan daun salad sebagai lapisan pertama.

5. Letakkan ayam teriyaki, kemudian susunkan sayuran di atas. Gunakan daun salad sebagai lapisan terakhir.

5. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas. Biarkan selama 30 minit.

6. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.

7. Teriyaki chicken wanpaku sandwich sudah siap untuk dinikmati!

7. Egg sandwich

Roti telur ini sememangnya kegemaran semua orang tak kira usia. Sandwic ini memang senang untuk dibuat dan perfect untuk sarapan last-minute. Kepada sesiapa yang suka gathering makan dengan family atau kawan-kawan, boleh buat ni untuk potluck. Yay!

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur rebus
  • 2 sudu besar mayonis
  • Daun bawang
  • Roti
  • 1 keping lettuce
  • 3 keping tomato
  • 2 keping chicken slices
  • Garam
  • Lada hitam
Cara-cara:

1. Rebus telur selama 8 minit dan masukkan rendamkan dalam air sejuk.

2. Di dalam mangkuk asing, hancurkan telur rebus. Kemudian masukkan sos mayonis, garam, lada hitam dan daun bawang. Gaul.

3. Letakkan roti, lettuce, tomato, chicken slices, telur hancur dan roti.

4. Sandwic telur dah siap dan sedia untuk dimakan!

Jom beli bahan-bahan untuk persediaan sahur nanti!

Image via GIPHY

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi sahur yang lain?

Jom makeover dapur dengan barangan ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment