Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Ini Cara Hasilkan Popia Carbonara Cheese Yang Rangup & Sedap. So Crunchy!

Kriuk kriuk kesedapan...

Cover image via Cik Puan Rose (Facebook)

Popia carbonara ini biasa dihidangkan semasa santai-santai ngeteh. Kulit popia yang rangup dan penuh dengan isi carbonara ni... umphh nikmatnya! Tambah dengan cheese yang meleleh, memang padu!

Image via Popia Cheese Carbonara Chicken - Johor Bahru

Resepi ini simple dan senang sahaja, bahan dan cara penyediaan yang cukup mudah ini buatkan kita asyik nak buat popia carbonara je tak kira masa... So, dah bersedia? Jom mulakan!


Bahan-bahan:

Initi popia:

  • Crabstik (dipotong dadu) 
  • 1 biji bawang holland besar (dihiris nipis)
  • 1 tin cendawan butang 
  • 1 biji lobak merah (dihiris nipis) 

Kuah: 
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • Lada hitam
  • 1 kuib pati ayam
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu mentega atau marjerin
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • 3-4 keping keju keping

Image via Cik Puan Rose (Facebook)

Cara memasak:

1. Untuk kuah, cairkan mentega dan tumis bawang putih dengan menggunakan api sederhana.
2. Kemudian, masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan susu, pati ayam dan lada hitam dan biarkan mendidih.
3. Letakkan keju keping dan kacau sehingga kuah menjadi likat. Tutup api. 
4. Selepas itu, masukkan bahan-bahan inti ke dalam kuah dan kacau. 
5. Perasakan dengan gula dan garam. 

Image via Cik Puan Rose (Facebook)

6. Letakkan inti ke atas kulit popia dan gulung. 

Image via Cik Puan Rose (Facebook)

7. Kemudian goreng menggunakan api sederhana. 

Popia carbonara cheese dah pun siap... Sedia untuk dihidang!

Image via Cik Puan Rose (Facebook)

Kredit resepi: Cik Puan Rose

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Nak lagi resepi kudapan petang?

Sukakan kuih-muih tradisional?

Jom sertai kuiz ini, tengok betul ke anda expert bab kuih?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment