Resepi Kuih Peneram 6 Bahan Ini Bukan Sahaja Ringkas Untuk Dibuat Malah Amat Enak Sekali
Anda hanya perlukan tepung beras, tepung gandum, gula merah, gula dan daun pandan sahaja untuk membuatnya sendiri di rumah.
Kuih peneram ini paling sedap dimakan semasa masih panas dan rangup
Kuih peneram ini selalunya boleh didapatkan di pasar malam atau bazar Ramadan. Rasanya yang rangup dan manis secukup rasa menjadikan kuih ini kegilaan ramai. Kadang-kadang bila makan, tidak sedar pun dah habis sebekas!
Sekarang, anda boleh buat sahaja kuih peneram ini di rumah. Resepinya amat mudah sekali. Anda hanya memerlukan 6 bahan asas dapur sahaja untuk menghasilkannya. Jom lihat resepinya?
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 4 cawan tepung beras (cap gajah 3)
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan gula merah
- 1 atau ½ cawan gula
- 1 cawan air
- Daun pandan
Mari lihat cara untuk membuatnya:
2. Kemudian, keluarkan daun pandan dari periuk.
3. Selepas itu, campurkan tepung beras dan tepung gandum di dalam bekas.
4. Tuangkan air gula panas tadi ke dalam bekas tepung tersebut.
5. Gaulkan adunan tepung dan air gula sehingga sebati dan perapkan sekurang-kurangnya selama 4 jam ataupun semalaman.
6. Setelah adunan peneram telah diperap, gelekkan adunan sehingga rata.
7. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api sederhana.
8. Setelah minyak panas, tekapkan kuih peneram menggunakan penekap dan gorengkannya di dalam minyak.
9. Setelah kuih peneram menggelemubung dan terapung, anda boleh angkat kuih peneram ketepi dan jamukan kepada seisi keluarga.
Setelah kuih peneram siap dimasak, ini lah hasilnya. Hidangkan semasa masih panas, pasti semua akan suka!
Sumber resepi: Cik Ma.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!