makan

Roti Jala Ini Bukan Sahaja Cantik Dipandang Malah Resepinya Mudah Dibuat Dan Amat Sedap

Gunakan resepi ini untuk mendapatkan roti jala yang sedap dengan mudah sahaja.

Cover image via Nor Al Fatihah/Facebook

Sedapnya kalau dapat makan roti jala cuti ni kan?

Rindu makan roti jala? Tak mengapa, buat sahaja sendiri kerana resepinya amat mudah sekali. Tambah pula dengan resepi yang terperinci, pasti anda pun boleh menjala di rumah. 

Resepi ini hanya menggunakan beberapa bahan asas dapur dan amat sesuai untuk dihidangkan petang-petang atau sebagai sarapan pagi. Apa lagi? Jom tengok resepinya?

Untuk resepi roti jala yang amat ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Nor Al Fatihah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1kg tepung gandum
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 tin susu cair (1 cawan)
  • 150ml minyak masak
  • 1500ml air
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning

Mari lihat cara untuk membuatnya:

1. Pertama sekali, satukan tepung, telur, susu cair, minyak masak, air, garam dan pewarna di dalam pengisar.

2. Kemudian, kisarkan kesemua bahan tersebut sehingga sebati.

3. Seterusnya, masukkan bancuhan yang telah dikisar tadi ke dalam botol yang sesuai untuk menjala (jika tiada, anda boleh gunakan botol plastik yang telah ditebuk penutupnya).

4. Selepas itu, panaskan pan non-stick anda (jika anda menggunakan kuali leper, sapukan sedikit minyak ke atas kuali hanya untuk kiraian pertama).

5.  Seterusnya, jalakan bancuhan anda dalam bentuk empat segi dan tunggu seketika sebelum mengangkatnya daripada api.
6. Setelah roti jala telah masak, angkat dan ketepikan.

7. Akhir sekali, gulungkan roti jala anda mengikut kepanjangan yang anda inginkan.

Roti jala anda telah pun sedia untuk dimakan!

Setelah roti jala sudah dimasak, ini lah hasilnya. Hidangkan pula bersama kuah kari ayam yang panas, fuh, pasti bertambah punya!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi sedap yang lain:

You may be interested in: