Resepi Tepung Pelita Ini Bukan Sahaja Enak Malah Amat Ringkas Untuk Dibuat
Resepi kuih tepung pelita ini memang senang untuk dibuat, letak dalam bekas aje.
Hanya membayangkan kuih tepung pelita ini sahaja pun sudah cukup untuk membuat kita kecur air liur
Kuih tepung pelita ini salah satu kuih kegemaran ramai apabila berkunjung ke bazar Ramadan. Kalau datang lambat sikit aje, confirm habis punya!
Tahun ini, jom kita cuba buat tepung pelita sendiri di rumah sahaja? Pasti sedap dan yang paling penting, tak perlu beratur panjang pun. Resepi ini juga tidak menggunakan daun pisang tau, jadi tidak perlu susah-susah melipat bekasnya pun. Jom lihat resepinya?
Untuk kuih tepung pelita yang amat ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Faridah Mohd Shafie!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Bahagian hijau
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan air
- Pewarna hijau
- Daun pandan
- 1 cawan santan
- 3 cawan air
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
Mari lihat cara untuk membuatnya:
Bahagian hijau
1. Kisarkan daun pandan bersama air kemudian tapiskan airnya.
2. Setelah itu, masukkan air pandan yang telah dikisar tadi bersama gula, tepung beras, dan pewarna hijau ke dalam periuk.
3. Masakkan semua bahan di atas dengan api perlahan sehingga pekat.
4. Setelah pekat, masukkan bahan ke dalam bekas dan ketepikan seketika.
Bahagian putih
1. Letakkan santan, air, tepung beras dan garam ke dalam periuk.
2. Masakkan kesemua bahan menggunakan api perlahan sehingga pekat.
3. Tuangkan ke atas bahan hijau di dalam acuan yang telah sejuk sebentar tadi.
Kuih tepung pelita anda sudah pun siap untuk dihidang!
Setelah kuih tepung pelita siap dimasak, ini lah hasilnya. Hidangkan pula sejuk sejuk untuk berbuka, pasti semua suka!
Sumber resepi: Faridah Mohd Shafie.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!