Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

9 Resepi Lauk Nasi Lemak Yang Mudah & Digemari Ramai. Pasti Laku Punyalah!

Hasilkan lauk nasi lemak yang senang dan lazat dengan resepi-resepi ini.

Cover image via MyResipi

1. Resepi Sambal Sotong

Image via MyResipi

Resepi Sambal Sotong ini sememangnya lauk klasik untuk dinikmati bersama nasi lemak. Bukan itu sahaja, lauk ini juga mudah untuk disediakan kerana sotong tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Resepi ini memang sesuai jika anda mahu menyediakan lauk yang simple tetapi istimewa.

Dapatkan resepi Sambal Sotong di sini

2. Resepi Sambal Petai Udang

Image via MyResipi

Resepi Sambal Udang dan Petai ini pasti akan mendapat sambutan yang hangat kerana lauk ini memang sesuai sekali dipadankan dengan nasi lemak. Tambahan petai pula menjadikan lauk ini begitu istimewa sekali. Resepi ini juga tidak memerlukan anda untuk mengupas kulit udang agar udang kekal juicy dan lembut. 

Dapatkan resepi Sambal Udang dan Petai di sini

3. Resepi Kerang Pedas

Image via MyResipi

Lauk nasi lemak tidak sempurna tanpa lauk Kerang Pedas kerana rasanya begitu lazat sekali. Rasa cili merah, serai dan bawang besar memang menyerlah sekali dan sesuai dengan rasa kerang. Memang sedap!

Dapatkan resepi Kerang Pedas di sini.

4. Resepi Ayam Goreng Berempah

Image via MyResipi

Ayam Goreng Berempah sememangnya lauk kegemaran orang ramai. Ini kerana rasa rempah ratus yang mantap dan ayam yang digoreng sehingga perang keemasan. Memang menyelerakan! Resepi ini juga sangat mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu menyediakan ayam dengan semua bahan-bahan, perapkan selama 30 minit dan gorengkan sahaja. Mudah betul! 

Dapatkan resepi Ayam Goreng Berempah di sini

5. Resepi Sambal Goreng Kentang

Image via MyResipi

Resepi Sambal Goreng Kentang ini antara lauk nasi lemak yang murah dan mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggorengkan kentang dan tumiskan sahaja. Selain itu, lauk ini juga sangat memuaskan. Pasti sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang mengenyangkan. 

Dapatkan resepi Sambal Goreng Kentang di sini

6. Resepi Kari Kerang dan Kentang

Image via MyResipi

Resepi Kari Kentang semestinya antara resepi yang lain daripada lain tetapi sesuai dinikmati bersama nasi lemak. Rasa kuah kari enak dengan rasa nasi lemak yang bersantan dan penuh lemak. Bukan itu sahaja, resepi ini juga mempunyai banyak rempah ratus seperti yang menaikkan lagi kelazatan kerang. 

Dapatkan resepi Kari Kerang Dan Kentang di sini.

7. Resepi Rendang Ayam

Image via MyResipi

Lauk Rendang Ayam memang lazat sekali dengan nasi lemak. Lebih-lebih lagi apabila rasa kuah rendang dipadankan dengan sambal. Ditambah pula dengan ayam yang tender dan lembut dan rasa rempah ratus yang begitu aromatik. Memang layan! 

Dapatkan resepi Rendang Ayam di sini.

8. Resepi Sambal Bilis dan Tempe

Image via MyResipi

Jika anda mahukan lauk yang simple dan murah, anda wajib sekali mencuba resepi Sambal Bilis dan Tempe ini. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggoreng ikan bilis dan tempe dan tumiskan dengan sambal sahaja. Resepi ini juga sesuai dimakan bersama nasi lemak kerana menambahkan kerangupan. 

Dapatkan resepi Sambal Bilis dan Tempe di sini

9. Resepi Paru Goreng Cili

Image via MyResipi

Lauk Paru Goreng Cili juga sememangnya lauk enak yang digemari ramai. Lauk paru mempunyai tekstur yang sedap sekali dan sesuai dimasak pedas. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi lemak. Memang syok! 

Dapatkan resepi Paru Goreng Cili di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi-resepi nasi lemak unik di sini:

Nak banyak lagi lauk nasi lemak yang best? Dapatkan banyak lagi resepi di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment