Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 17k 'Shares', Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Asap Teh Yang 'Juicy' & Ringkas!

Jom cuba hasilkan ayam kukus 'Chinese-style' yang confirm sedap dan menyelerakan ini!

Cover image via Kamarul Ariffin Nor Sadan

Apa sahaja lauk ayam di meja makan, pasti laku punyalah! Begitu juga dengan hidangan Ayam Asap Teh ini. Bunyi pelik tetapi sangat menyelerakan!

Image via seriouseats

Perapan ayam yang manis, savoury dan isi ayam yang juicy pasti akan menaikkan selera anda. Bukan itu sahaja, ayam juga diasapkan dengan teh hitam, beras dan gula perang yang memberikan aroma harum kepada ayam tersebut.

Untuk pengetahuan anda, resepi ini sangat terkenal di kalangan orang Cina kerana rasanya yang sangat enak. Wajib cuba!

Untuk resepi Ayam Asap Teh yang unik dan lazat, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan yang telah mendapat sebanyak 17k shares!

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

Bahan-bahan perap

  • ½ ekor ayam (bahagian dada atau bahagian paha)
  • ½ sudu teh lada hitam
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Garam secukup rasa
Bahan perasap
  • 3 uncang teh hitam
  • 3 sudu beras
  • 3 sudu gula perang

Ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Bersihkan ayam terlebih dahulu.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

2. Gaulkan kesemua bahan-bahan perap.

3. Ambil separuh dari campuran sos dan gaul dengan ayam. Perapkan selama beberapa minit.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

4. Sediakan tempat pengukus dan didihkan air pada api yang besar.

5. Letakkan ayam di atas pengukus. Letakkan juga halia dan bawang putih untuk menaikkan aroma das rasa.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

6. Tutupkan pengukus dengan rapi dan kukus ayam selama 30 hingga 40 minit. (20-30 minit untuk bahagian dada)

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

7. Setelah 40 minit, angkat ayam dari pengukus.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

8. Sapukan lebihan sos perapan pada yang dah dikukus.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

9. Sediakan perasap ayam dengan menggunakan pembalut aluminium. (lihat gambar)

Image via fbcdn.net

10. Letakkan beras, teh hitam dan gula perang dalam aluminium foil dan gaulkan.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

11. Letakkan dalam kuali pada api yang besar sehingga berasap. Apabila sudah berasap, letakkan ayam dan jaring pengukus di atas bahan perasap dan tutupkan.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

12. Apabila sos sudah kering, tambahkan satu lagi lapisan sos perapan. Rehatkan ayam dan biarkan sos menjadi kering.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

Tips tambahan: Simpankan lebihan air kukusan ayam dan sos perapan untuk dijadikan sup.

Image via Kamarul Ariffin Nor Sadan / Facebook

Apabila Ayam Asap Teh sudah siap, inilah hasilnya. Lihat sahaja betapa juicy dan lazatnya ayam ini. Sedap dinikmati begitu sahaja atau dengan sepinggan nasi!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi-resepi ayam di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment