Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Food Truck Di TTDI Ini Menyediakan Burger Bakar Paling ‘Juicy’ Sekali. Sedap Gila!

Sixty Bites di TTDI ini memang terkenal dengan burger yang sedap gila!

Cover image via @sookling21 @ahmadough

Memang nikmat betul kalau dapat menikmati burger pada waktu lewat malam, bukan?

Image via giphy.com

Sixty Bites di TTDI sememangnya tempat terbaik untuk anda mendapatkan burger gourmet enak pada harga yang berpatutan sehingga lewat malam!

Untuk burger daging yang klasik, anda boleh memilih Chezburger (RM10) yang mempunyai satu patty daging panggang, keju cheddar leleh dan caramelized onions yang mempunyai rasa manis. Sedapnya!

Image via @sookling21 (Instagram)

Anda lebih menggemari burger ayam? Hail Caesar (RM10) wajib menjadi pilihan anda. Burger ini mempunyai patty ayam, chilli flakes, dan sos Caesar yang begitu creamy sekali. 

Image via @eatwith.ash (Instagram)

Burger lamb pun ada untuk si penggemar daging kambing! Anda wajib sekali mencuba Hannibal (RM17) yang begitu rare sekali. Burger ini mempunyai satu patty daging kambing, terung yang dipanggang, mango chutney mayo dan keju cheddar

Image via Sixty Bites (Facebook)

Anda juga boleh memilih antara single patty atau double patty. Untuk patty ayam dan daging, anda hanya perlu menambah RM7 sahaja. Manakala anda boleh menambah RM12 untuk extra lamb patty

Image via @stevenpch (Instagram)

Apa yang menarik tentang burger mereka ialah setiap patty hanya menggunakan daging ribeye sahaja. Bukan biasa-biasa tau!

Image via Sixty Bites (Facebook)

Di Sixty Bites, daging patty mereka disediakan fresh setiap hari. Setiap daging patty di Sixty Bites begitu tebal dan juicy sekali kerana setiap akan dipanggang untuk setiap pesanan. Memang sesuai sekali jika anda mahu mencuba burger special yang dijamin berbaloi. 

Jika anda mahukan sesuatu yang extra, anda juga boleh memilih antara burger daging Chillichez (RM14) atau burger ayam Maui (RM14)

Image via @mgmerv (Instagram)

Image via @burgembira_my (Instagram)

Burger daging Chillichez mempunyai tambahan salsa untuk menaikkan lagi selera anda. Manakala burger ayam Maui pula mempunyai tambahan pineapple ring untuk sedikit rasa manis. Memang lain daripada yang lain! 

Tunggu apa lagi? Jom serbu! Dapatkan info penuh Sixty Bites di sini:

Image via @kerry_eats (Instagram)

Cawangan TTDI

Alamat: Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
:
7.30 malam - 12.00 malam (Isnin hingga Sabtu)
Tutup pada setiap hari Ahad.

Cawangan Hawker Hall, Taman Sri Hartamas

Alamat: No. 22, Jalan Sri Hartamas 8, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
: 11.00 pagi - 1.00 pagi (Setiap hari)

No. Telefon: +603-5888 4030 

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook


Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi hidangan best di TTDI di sini:

Jom cuba banyak lagi hidangan burger unik di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment