Ramai Orang Tergila-Gilakan Grilled Cheese Di Kafe Di TTDI Ni. Kami Dah Cuba Memang Power!
Nikmati pelbagai hidangan freshly-baked roti sourdough, pasta dan pastri yang meliurkan di Dough & Dolce di TTDI ini.
Kepada peminat roti, inilah peluang anda untuk menikmati roti sourdough berkualiti tinggi dan homemade sepuasnya!
Kafe Dough & Dolce memang terkenal dengan roti sourdough yang disediakan fresh setiap hari di kafe tersebut. Masuk sahaja ke dalam kafe, anda pasti akan dijemput dengan aroma roti yang begitu menyelerakan.
Antara jenis roti sourdough yang terdapat ialah whole country white, wholemeal loaf, poolish baby baguette, chipotle sourdough dan juga milk sourdough!
Jika anda sering tercari-cari kafe brunch yang menyediakan pelbagai menu sourdough lazat dan berharga berpatutan, Dough & Dolce di TTDI ini wajib menjadi pilihan anda!
Untuk sarapan pagi, anda wajib sekali mencuba Portuguese Baked Eggs with Chorizo, Aus Ribeye with Sourdough, Crabmeat Scrambled Egg with Chilli Oil dan Burrata Pesto Toast. Hanya ada dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi sahaja tau!
Antara hidangan paling hot untuk lunch pula ialah Chipotle Sourdough Grilled Cheese Sandwich yang dihidangkan dengan sup tomato yang creamy. Gabungan roti keju yang dicicah dengan sup tomato memang nikmat sekali.
Selain itu, anda juga wajib mencuba Baked Camembert with Rosemary and Garlic dan Grilled Paprikash Chicken. Roti sourdough sememangnya melengkapi menu yang dihidangkan dengan menambahkan tekstur yang rangup di luar dan gebu di dalam.
Hidangan Burrata Pizza, Creamy Spaghetini with Beef Bacon dan Pepperoni Pizza di kafe ini juga boleh tahan sedap. Memang puas hati lah!
Jangan lupa juga untuk mencuba pastri mereka yang cantik-cantik belaka ini. Rasa pun memang heaven! :D
Antara pastri yang anda wajib sekali cuba ialah Apple Strudel yang dipenuhi dengan caramelised apples dan mascarpone krim keju. Selain itu Chocolate Babka dan Berries Danish juga sangat unik dan nikmat. Memang wajib cuba!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!