Azan Solat Jumaat Dilaungkan & #HeadScarfForHarmony, Hari Cukup Bermakna Buat New Zealand
Alhamdulillah.
Seluruh rakyat New Zealand memberi penghormatan terakhir buat mangsa-mangsa tembakan di dua masjid pada Jumaat lalu, hari ini
Image via Kosmo
Laungan azan solat Jumaat disusuli dengan sesi bertafakur selama 2 minit diadakan sebagai tanda menghormati lebih 50 mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.
Kelihatan, seluruh rakyat New Zealand, dari pelbagai bangsa dan agama, telah berkumpul di perkarangan Taman Hagley, Christchurch pada pukul 1.30 petang waktu tempatan, bersamaan dengan 8.30 pagi di Malaysia.
Image via Kompas Internasional
Image via Kompas Internasional
Turut bersama adalah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang hadir memberi sepatah dua kata buat rakyat New Zealand
Jacinda juga telah mengenakan sehelai selendang di atas kepala bagi menghormati acara tersebut.
Dalam ucapannya, Jacinda telah meluahkan rasa simpati ke atas insiden ngeri itu. Beliau juga menyatakan bahawa kesengsaraan yang dilalui keluarga mangsa turut dirasai oleh rakyat New Zealand dan menyeru semua agar sentiasa bersama-sama walau dalam apa jua keadaan.
Selain itu, hari ini juga, wanita-wanita di New Zealand mengadakan kempen #HeadScarfForHarmony sebagai tanda solidariti kepada orang Islam
Inisiatif ini diadakan bertujuan untuk menyokong dan mengakui kesakitan yang dialami oleh masyarakat Islam ekoran tragedi yang berlaku di Masjid Al Noor di Deans Ave. dan Linwood Masjid di Linwood Ave. pada Jumaat, 15 Mac yang lalu.
Image via says.com
"Kami ingin menunjukkan kasih sayang dan sokongan kami dan meratapi kehilangan 50 ibu, bapa, anak, rakan sekerja dan rakan selepas serangan pengganas Jumaat lalu di Christchurch," kata salah seorang pencetus gerakan ini, Thaya Ashman, menerusi laman Stuff.
"Saya mendengar kisah seorang wanita yang takut lalu bersembunyi di rumah, terlalu takut untuk pergi ke jalan ketika dia merasakan hijabnya mengenalinya sebagai sasaran untuk keganasan. Saya mahu mengatakan 'kami bersama anda, kami mahu anda merasa rumah di jalan anda sendiri, kami suka, menyokong dan menghormati anda'," tambahnya.
Antara gambar wanita New Zealand yang menyertai gerakan #HeadScarfForHarmony. Cantiknya!
Image via Instagram #headscarfforharmony
Image via Instagram #headscarfforharmony
Image via Instagram #headscarfforharmony
Image via Instagram #headscarfforharmony
Image via Instagram #headscarfforharmony
Image via Instagram #headscarfforharmony
Image via Instagram #headscarfforharmony
Image via Instagram #headscarfforharmony
Image via Instagram #headscarfforharmony
Betul-betul pemimpin kelas satu!
Sebaknya baca.
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment