[VIDEO] Lelaki Ini Berjaya Turun 40kg Hanya Dengan Membuat Tarian Kpop. Comelnya Weh!
Bila tengok video-video menari dia ni, rasa nak menari juga pun ada! Cuteeeeee. :D
Nak kurus bukannya mudah. Tanpa usaha dan istiqamah, mustahil untuk anda mendapatkan berat badan ideal yang sudah lama diimpikan.
Image via Giphy
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Jadi, jika anda mengimpikan untuk kurus sebelum raya, masih belum terlambat. Ada beberapa minggu lagi untuk anda meneruskan usaha. Mana tahu, dapat badan seperti kerengga masa raya nanti. Hehe.
Image via Wiffle Gif
Berani tak sahut cabaran ini?
Seperti seorang pengguna Twitter @wawanxz_ yang berkongsi beberapa klip video mengenai perkembangan penurunan berat badannya hanya dengan menari lagu Kpop!
Image via Twitter @wawanxz_
Percaya atau tidak, usaha lelaki ini membuatkannya berjaya menurunkan berat badan dari 154kg sehingga 116kg dengan aktiviti menari ini. Dia juga telah melakukan aktiviti ini tanpa gagal setiap hari. Selain itu, diet dan pemakanan yang sihat juga tidak dilupakan.
Memang betul-betul semangat ni!
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Permulaan berat adalah 154kg pada bulan Oktober 2018
Image via Twitter @wawanxz_
Lelaki ini juga sedang melakukan 'Challenge 30 days dance' pada bulan Ramadan ini. Di bawah merupakan senarai lagu yang diminta oleh pengguna Twitter yang lain:
Image via Twitter @wawanxz_
Jom berhibur sambil tengok video menari ini! Boleh buatkan semua orang bergolek juga :D
Kill this love dari Black Pink pun hado. Power beb!
Fuh, tergamam tengok. Tak semua orang boleh buat macam ini ya.
Selain daripada menari, lelaki ini juga turut menjaga pemakanan dan mengamalkan diet yang sihat
Image via imgur.com
Berat badan yang dicapai sehingga hari ini tidak mungkin hanya dengan tarian lagu kpop semata-mata. Dia juga turut berkongsi tips makanan setiap hari yang diamalkan. Termasuklah mengurangkan pengambilan gula dalam setiap makanan, pengambilan protein lebih berbanding karbohidrat.
Paling penting, air kosong kena minum banyak ya!
Hasilnya...
Image via Twitter @wawanxz_
Sumber: Twitter @wawanxz_ & Instagram @shah.rizuann
Baca juga tips turun berat yang terbaik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment