"Bukan Cocomelon" - Budak Salah Eja Masa Cikgu Suruh Tulis Depan Papan Undang Tawa Ramai
Mungkin tu je yang dia tau!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Rasa gementar dan takut mesti ada apabila disuruh cikgu tulis atau jawab soalan dekat papan betul tak?
Namun, ada juga yang berani dan confident dengan jawapan mereka sehingga mereka menawarkan diri untuk menjawab soalan cikgu di depan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak confident menjawab pertanyaan cikgu namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cikgu suruh eja coconut, sekali lain pula yang ditulisnya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang guru bahasa Inggeris sedang mengajar di depan kelas.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila cikgu menyuruh salah seorang muridnya untuk mengeja coconut di depan papan. Lebih melucukan lagi adalah apabila muridnya itu menulis Cocomelon dan bukan coconut.
Perkara itu membuatkan cikgu tergelak kecil kerana telatah comel muridnya itu.
Image via @heraqu1n_ (TikTok)
"Macam anak aku, watermelon jadi cocomelon" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 215K tontonan, 19K tanda suka dan 232 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @heraqu1n_ (TikTok)
Image via @heraqu1n_ (TikTok)
Image via @heraqu1n_ (TikTok)
Image via @heraqu1n_ (TikTok)
Pengaruh TV ni sampai Cocomelon pun dia bawa pergi sekolah! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment