Doktor Ini Pesan Jangan Mudah Tertipu, Ramai Yang Kini 'Claim' Jual Ubat Rawat HFMD
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan HFMD.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, penularan virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak ketika ini sememangnya agak membimbangkan
Oleh itu, ibu bapa atau penjaga disarankan terus berjumpa dengan doktor sekiranya anak-anak mereka mempunyai simptom jangkitan penyakit berkenaan.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengambil kesempatan atas kebimbangan orang ramai apabila wujud penjualan ubat-ubatan yang didakwa dapat merawat penyakit berjangkit itu.
Perkara berkenaan telah membuatkan suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berasa terpanggil untuk memberi pesanan kepada masyarakat terutamanya golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah.
Image via Heatlhline
Tiada sebarang ubat yang dapat menyembuhkan penyakit HFMD
Menurut Dr Izzar, tiada sebarang ubat yang dapat menyembuhkan penyakit HFMD kerana ia berpunca daripada virus dan selalunya akan pulih dengan sendiri.
"Tiada ubat yang dapat menyembuhkan HFMD. HFMD itu berpunca dari virus, maka antibiotik pun tak akan membantu.
"HFMD ini kebiasaannya akan sembuh sendiri dalam masa 7 hingga 10 hari. Ubat daripada doktor hanyalah bertujuan untuk mengurangkan gejala, bukannya untuk menyembuhkan," katanya.
Dalam pada itu, Dr Izzar juga memberi tips bagi membantu anak-anak yang dijangkiti HFMD.
Antaranya, memberi anak makan makanan yang sejuk seperti aiskrim, yogurt, elakkan memberi minuman berasid dan masam seperti jus buah, air bergas, dan jauhi makanan pedas atau masin.
Selain itu, untuk ruam kulit yang gatal, ibu bapa atau penjaga boleh dapatkan lotion anti-gatal seperti calamine lotion.
Image via Pa&Ma
Dia juga memberi pesanan kepada ibu bapa agar selalu menjaga kebersihan diri dan anak-anak dan segera mendapatkan rawatan di hospital jika anak menunjukkan gejala-gejala awal HFMD.
Selain itu, ibu bapa atau bapa diingatkan untuk mengelakkan anak mereka dari berkongsi barangan seperti cawan dan mainan dengan anak lain jika mereka pergi ke pusat jagaan.
Pusat jagaan kanak-kanak pula dinasihatkan untuk membuat pembersihan premis dan saringan anak-anak yang masuk ke premis setiap hari untuk mengelakkan anak-anak yang berisiko hadir ke sekolah.
“Jadi tak perlulah nak dapatkan ubat-ubat mujarab yang kononnya dapat mencegah atau mengubati HFMD,” tulisnya lagi.
Semoga perkongsian Dr Izzar ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa atau penjaga semua mengenai HFMD.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment