Jemaah Kecewa Pakej Umrah Teruk Diberi Rumah Tumpangan Pekerja Bangladesh & Pakistan
Kalangan jemaah umrah berkongsi perkara itu ketika berada di Madinah mengenai tempat penginapan 'cap ayam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa jemaah mendakwa ditipu oleh sebuah agensi umrah selepas mendapat perkhidmatan yang mengecewakan daripada mereka
Mereka mendakwa sudah seperti gelandangan kerana terpaksa berkongsi satu bilik yang didalamnya terdapat ada 7, 8 katil. Itu antara kekecewaan dikongsi jemaah kerana mendakwa 'ditipu' agensi umrah yang menawarkan perkhidmatan 'indah khabar dari rupa'.
Menerusi laporan Berita Harian, ada dalam kalangan jemaah mendedahkan mereka ditempatkan di kawasan rumah tumpangan yang diduduki pekerja warga asing dengan persekitaran terlampau kotor.
Image via Berita Harian
Dakwa tempat penginapan adalah rumah tumpangan diduduki pekerja Bangladesh dan Pakistan
Mereka berkongsi perkara itu ketika berada di Madinah mengenai tempat penginapan sudah seperti 'cap ayam'.
Salah seorang daripada jemaah terbabit memberitahu beliau dan tujuh ahli keluarga lain membayar pakej lebih RM8,000 seorang, namun kecewa kerana apa yang dijanjikan tidak ditepati.
"Rombongan kami ada 39 jemaah dan terbang untuk menunaikan umrah pada 16 Januari lalu. Di Makkah, keadaan baik sahaja tetapi sampai di Madinah, kami rasa tertipu kerana tak dapat hotel sebagaimana dijanjikan.
"Kami sekeluarga terpaksa duduk bercampur lelaki dan perempuan dalam satu bilik. Lebih mengecewakan kami diberi rumah tumpangan yang diduduki pekerja Bangladesh dan Pakistan.
"Satu bilik disumbat tujuh hingga lapan orang, sudahlah keadaan sangat kotor, tandas pun di luar bilik, bau hancing pula merata-rata," katanya.
Mereka turut mengadu perkhidmatan lain seperti sajian makanan dan pengangkutan turut mengecewakan.
Terpaksa pindah cari penginapan lain untuk keselesaan
Seorang lagi jemaah umrah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul memaklumkan dia telah membayar pakej umrah bersama majikan dan seorang lagi kakitangan bernilai lebih RM45,000, malangnya ia langsung tak berbaloi.
Menurutnya, dia terpaksa mencari hotel sendiri kerana tidak sanggup duduk di rumah tumpangan disediakan agensi umrah terbabit.
"Kos perbelanjaan jadi tinggi sebab kami bertiga perlu bayar sendiri kos hotel selama enam hari di Madinah sekitar lebih RM1,000.
"Kami pilih untuk bayar sendiri hotel lain kerana keadaan di rumah tumpangan terbabit sangat tak selesa, agak padat, apatah lagi saya sendiri lihat keadaan keluarga yang ada anak kecil dan ibu bapa kurang sihat yang berhimpit-himpit dalam satu bilik.
"Agensi umrah hanya hantar mesej mohon kami reda kerana musim puncak seperti ini, keadaan sukar dijangka dan boleh berlaku perpindahan hotel, tetapi mereka tak tampil pun untuk jelaskan hal sebenar.
"Lebih membuatkan kami marah kerana dapat tahu bos besar agensi umrah terbabit ada di Madinah, namun tak langsung datang untuk dengar atau selesaikan masalah kami," katanya.
Bas bawa jemaah tak muncul, makanan pula kadang disediakan dan tidak
Mengulas lebih lanjut, Nurul memberitahu antara masalah lain yang timbul adalah dari segi pengangkutan.
Kemudahan bas yang dijanjikan untuk membawa jemaah ke masjid 'tidak muncul' sehingga mereka terpaksa menaiki teksi atau 'kereta sapu' untuk pulang ke hotel.
"Makan pun bermasalah, kadang ada, kadang tak ada. Jadi nak tak nak kenalah cari makan sendiri, jadi bertambah-tambah kos kami perlu tanggung.
"Sampai hari ni nak ke lapangan terbang (pulang ke Malaysia) pun naik teksi, tak ada bas disediakan," katanya.
Sebelum ini tular terutama di media sosial pelbagai isu membabitkan jemaah umrah yang mendakwa tertipu dengan perkhidmatan diberikan agensi umrah tertentu.
Ada jemaah berang kerana ditempatkan di hotel yang daif dan jauh berbanding yang dijanjikan, malah ada yang mengadu seperti duduk dalam hostel, berhimpit beramai-ramai dengan kemudahan disediakan hnaya katil, tanpa bilik air di dalamnya.
Bagaimanapun, menurut agensi umrah, situasi itu adalah lumrah ketika musim puncak terutama Disember hingga Januari ini berikutan permintaan hotel yang melebihi penawaran, selain ada pihak hotel yang didakwa bertindak membatalkan tempahan berikutan ada yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.
Image via Utusan
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment