Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Mecca, Makkah Atau Mekah?" - Hanya Satu Ejaan Yang Betul Ini Diiktiraf Arab Saudi & OIC

Makkah terletaknya Kaabah yang juga kiblat tunggal umat Islam seluruh dunia.

Cover image via Kosmo! Harian Metro

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, apabila tulis nama atau perkataan Arab dalam huruf Rumi, perbezaan ejaan pasti suatu perkara lazim yang kita temui

Lihat sahaja perkataan seperti “Quran” atau nama seperti “Muhammad”. Setiap satu pasti ada banyak variasinya. Bagi Quran, terdapat kepelbagaian cara ejaan lain seperti al-Quran, Koran, Quraan, Qur’an dan sebagainya mengikut kaedah sistem bahasa di negara tertentu.

Selain itu, lebih banyak lagi variasi bagi perkataan Muhammad yang dieja Mohamed, Mohamad, Muhamed, Muhammet, Mohammad, Mehmet, Mehmed, Muhd, Mohd, Md dan sebagainya.

Begitupun, menurut laporan Arab News, satu hakikat mengenai perkataan Arab yang mungkin kurang diketahui ramai ialah ejaan Makkah.

Walhal cara betul penggunaan huruf Rumi sudah lama dimuktamadkan dan telah ditetapkan melalui satu perintah diraja Arab Saudi dengan ejaan tunggal yang betul iaitu ‘Makkah’.

Makkah terletaknya Kaabah yang juga kiblat tunggal umat Islam seluruh dunia.

Image via AFP

Ejaan “Makkah” digunakan dalam semua urusan sektor pemerintah dan swasta dalam negara itu apabila diselaras ejaannya dengan huruf Rumi

Arab News melaporkan bahawa meskipun demikian kebanyakan pihak berkuasa di luar negara masih sengaja mengeja nama kota suci tersebut sebagai “Mecca” sehingga melawan titah Raja Arab Saudi.

Realitinya ejaan seragam ini diarahkan Allahyarham Raja Fahd Abdul Aziz yang ketika itu Putera Mahkota dengan mengeluarkan titah yang mengisytiharkan cara ejaan "Mecca" sebagai salah.

Pada tahun 1980-an, baginda mengarahkan ejaan “Makkah” digunakan dalam semua urusan sektor pemerintah dan swasta dalam negara itu apabila diselaras ejaannya dengan huruf Rumi.

Image via AFP

Menurut Arab News lagi, Liga Dunia Muslim, sebuah badan tidak mengaut keuntungan yang ada beberapa pejabat di serata dunia, turut menekankan satu penggunaan ejaan yang ditetapkan.

Ini adalah penting sebagai tanda hormat terhadap kemuliaan tanah suci dan masyarakat Islam ditambah pula Makkah terletaknya Kaabah yang juga kiblat tunggal umat Islam seluruh dunia.

Ejaan Makkah turut diperakui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah dan pelbagai agensi media antarabangsa termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). 

Walau bagaimanapun, hasil carian SEISMIK di Pusat Rujukan Persuratan Melayu pula menunjukkan ejaan perkataan Makkah dan Mekah, kedua-duanya turut diterima pakai di negara ini.

Semoga perkongsian info ini bermanfaat untuk kita semua! Ingat ejaan yang betul Makkah ya, bukan Mecca.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment