"No Fast Food!" - Gadis Ini Berjaya 'Singkir' 21kg Dalam Masa 8 Bulan Sahaja. Hebat Dik!
"Jangan terlalu melayankan sangat craving tu." - Farrah Natasha.
Nak kurus tapi pemakanan sendiri masih belum dikawal. Hampir semua jenis makanan diambil tanpa kisah. Itu sebenarnya nafsu semata-mata!
Image via Giphy
Ya, nafsu berlebihan ketika makan merupakan salah satu punca berat badan anda naik secara mendadak dan sukar untuk diturunkan. Mana tidaknya, hampir semua jenis makanan yang tidak sihat dibelasah tanpa memikirkan kesan buruk yang akan diterima oleh badan sendiri.
Memang parah.
Sebab itulah, jika anda inginkan berat badan yang ideal dan maintain sahaja walaupun dah makan banyak, kena ada caranya. Yang paling penting, istiqamah. Baru boleh berjaya dapatkan berat badan yang diingini.
Kalau anda inginkan contoh paling senang, boleh ikuti tips diet gadis ini yang telah dikongsikan di laman Twitter miliknya. Percayalah, tak sesukar manapun.
Image via Twitter @farrahnatasha98
Gadis ini yang dikenali sebagai Farrah Natasha telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 21kg dalam masa 8 bulan sahaja. Kuat betul semangat dia ni!
Perkongsian yang ditulis turut mendapat perhatian ramai dan meraih 11k retweets dan 19k likes ketika artikel ini ditulis.
Baca tips penuh di bawah:
Mudah sahaja jika anda ingin mencuba untuk praktik tips di bawah bagi permulaan diet seperti gadis ini:
Image via Twitter @farrahnatasha98
Dia hanya makan nasi segenggam, salad, ulam, timun dan ayam bakar atau ikan sahaja untuk permulaan. Ingat, eat healthy itu penting!
Image via Twitter @farrahnatasha98
Pemakanan sihat memang penting, tapi kena bersenam juga ya untuk pastikan badan anda berpeluh!
Image via Twitter @farrahnatasha98
Image via Twitter @farrahnatasha98
Itu sahaja tips yang diberikan. Memang begitu mudah dan simple untuk diikuti oleh setiap orang yang ingin dapatkan berat badan ideal!
Image via Twitter @farrahnatasha98
Sumber: Twitter @farrahnatasha98
Inginkan tips turunkan berat badan yang lain di SAYS Seismik? Baca sini:
Leave a comment