Dari Keding Ke Sado, Lelaki Ini Kongsi Tips Ringkas Naikkan Berat Badan Ke Tahap Ideal
Dia telah menambahkan berat badan dari 55 kg kepada 64 kg.
Setiap orang pasti mendambakan berat badan yang sempurna dan ideal, sama ada lelaki mahupun perempuan
Jika badan terlalu berat, boleh membahayakan kesihatan dengan penyakit-penyakit seperti obesiti, kencing manis dan sakit jantung. Namun, jika badan terlalu kurus, pasti merunsingkan kerana turut dianggap sebagai tidak sihat kerana kekurangan zat.
Perlu disedari bahawa tidak semua lemak itu berbahaya kerana menyimpan lemak dalam badan merupakan salah satu cara tubuh dapat berfungsi dengan kadar maksimum.
Lemak yang baik juga memainkan peranan penting untuk perkembangan otak, mencegah inflamasi dan pembekuan darah. Walau bagaimanapun, bukan semua orang beruntung bahkan ramai orang kekurangan lemak dan sukar untuk menambah berat badan.
Seorang pengguna Twitter @syam131 telah berkongsikan beberapa tips ringkas bagi menambahkan berat badan