Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Segan Nak Buka Hadiah Dari Anak, Reaksi Ayah 'Excited' Dapat Telefon Baru Buat Ramai Sebak

Happy pula tengok ayah dia tu.

Cover image via @alyanrdnie1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita tahu, dengan keadaan sekarang ramai yang masih tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa mereka

Hal ini disebabkan peningkatan kes yang semakin mendadak dan telah memaksa kita untuk kekal berada di rumah.

Pastinya ia satu perkara yang menyedihkan bila tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa kita yang jauh berada di kampung.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang anak merakam momen manis kerana membuat kejutan kepada ayahnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Reaksi si ayah gembira bila dapat telefon baru

Menerusi video tersebut, difahamkan seorang gadis yang bernama Alya telah merakam momen manis selepas dia dan adik-beradiknya memberikan hadiah kepada ayah mereka.

Si ayah kemudian merasa malu selepas menerima kotak hadiah itu daripada anak-anaknya. Dia kemudian disuruh untuk membuka hadiah tersebut dan melihat apa yang ada di dalamnya.

Apa yang lebih menarik tumpuan adalah sebaik saja si ayah membuka kotak hadiah itu, mukanya terus berubah seolah-olah gembira dan bersyukur dengan hadiah berkenaan.

Lihat video penuh itu tanpa muzik:

"Ya Allah senyuman dia tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak melihat reaksi warga emas itu. Malah, ramai yang meluahkan kerinduan kepada ibu bapa mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 176.9K views, 19K likes dan 832 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @alyanrdnie1 (TikTok)

Image via @alyanrdnie1 (TikTok)

Image via @alyanrdnie1 (TikTok)

Image via @alyanrdnie1 (TikTok)

Image via @alyanrdnie1 (TikTok)

Image via @alyanrdnie1 (TikTok)

Image via @alyanrdnie1 (TikTok)

Rasa terharu pula tengok reaksi ayah dia tu :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment