Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Sihir Pemisah Itu Benar Ya" - Influencer Dedah Rumah Tangga Kena Buatan Orang

Takutnya, lepas ni nak post di media sosial kena berhati-hati.

Cover image via aisyahhijanah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya kini bergolak setelah suaminya terkena penyakit ain

Dalam satu video yang dikongsikan di laman TikTok, Aisyah mendedahkan bahawa dia menyedari perubahan dalam tingkah laku suaminya, Aliff. Suaminya tiba-tiba mula menjauhkan diri, kurang bercakap, dan tidak berselera untuk makan.

Mengambil pengalaman pahit sebagai pelajaran yang berharga, Aisyah telah memutuskan untuk mengurangkan hantaran yang mereka kongsi bersama di media sosial. Dengan tekad yang kuat, keputusan ini diambil sebagai langkah proaktif untuk mencegah kemungkinan peristiwa yang sama tidak akan berulang di masa depan.

Image via aisyahhijanah (TikTok)

“Sepanjang enam tahun saya berkahwin, inilah ujian yang paling mencabar. Tidak ada pasangan yang sanggup alami perkara ini. Tidak ada juga yang ingin pendatang luar masuk dalam keluarga.

“Tetapi, perkara ini berlaku kepada kami sekeluarga. Saya perlu kuat atasi masalah ini. Jika tidak, kami akan kalah,” katanya.

Dalam menghadapi perubahan yang ketara dalam tingkah laku suaminya, Aisyah mengambil langkah berani dengan membawa suaminya berjumpa seorang ustaz untuk mendapatkan rawatan.

Tindakan ini diambil untuk mengatasi kemungkinan terkena penyakit ain yang disebabkan oleh perasaan hasad dengki yang mungkin datang dari orang lain. Dalam usaha untuk memulihkan keadaan, Aisyah berharap rawatan tersebut dapat membawa kesembuhan dan kebahagiaan kembali ke dalam kehidupan mereka berdua.

“Betul kata orang, hati isteri jarang salah. Saya sudah lama rasa ada sesuatu yang tidak kena. Bila Aisyah tanya pada ustaz, dia kata dia nampak sesuatu pada suami.

“Alhamdulillah, selepas balik dan berbincang, saya nampak suami semakin pulih. Tetapi, saya masih lagi hidup dalam keadaan menderita selama hampir dua minggu,” katanya.

Menurut hantaran terbaharu Aisyah di laman TikTok, hubungannya dan suami kini semakin pulih.

“Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Tuhan. Selepas ini, saya dan suami akan lebih berhati-hati dan tidak akan mudah mempercayai orang lain dengan mudah,” katanya.

"Sebab ni la saya tak pernah tunjuk suami dan anak-anak di media sosial" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di laman aplikasi TikTok, sehingga kini ia telah meraih 3.8M views, 175.8K likes dan 1.4K comments.

Manakala, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen:

Image via @aisyahhijanah (TikTok)

Image via @aisyahhijanah (TikTok)

Image via @aisyahhijanah (TikTok)

Lihat video penuh itu di bawah:

Semoga rumah tangga Aisyah dan Aliff dapat bahagia macam dulu balik <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment