Siti Nur Athirah Dipenjara 30 Tahun, Mengaku Salah Bunuh Rakan Sendiri Siti Nur Surya
Difahamkan, tertuduh boleh dihukum mati sekiranya bersalah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas pelajar tingkatan enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh rakannya dalam kejadian empat tahun lalu
Menerusi laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.
Image via Harian Metro
Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun.
Wanita itu juga berdepan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah bagaimanapun mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh ditangkap pada 2 November 2020.
Tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Dalam kejadian sebelum ini, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya yang baru pulang dari sekolah.
Terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment