Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Cikgu Suruh Teka Barang Yang Dibeli Di Shopee, Rupanya Khas Untuk Para Pelajar

Habislah korang.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sesi persekolahan akhirnya sudah boleh bersemuka selepas lamanya terpaksa ditunda akibat penularan wabak jangkitan Covid-19

Namun, masih diingatkan kita belum menang melawan wabak berbahaya ini. Oleh itu, penjagaan diri perlu sentiasa dijaga. Bagi murid sekolah, tentu mereka seronok kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan belajar seperti biasa.

Begitu juga dengan para guru kerana ada kalanya mengajar secara online memberikan cabaran berat buat mereka.

Tetapi, lain pula dengan video ini apabila seorang guru membuat unboxing barang di tapak perhimpunan dan menyuruh pelajar meneka apa di dalamnya telah menarik perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Unboxing dekat tapak perhimpunan, tunjuk beli barang untuk pelajar

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya perhimpunan di sebuah sekolah di Sekinchan, Selangor.

Dapat dilihat seorang guru sedang memberi ucapan. Dia kemudian memberitahu baru terima barang yang dibelinya di Shopee dan meminta agar para pelajar meneka apa di dalamnya.

Selepas dibuka rupa-rupanya guru tersebut membeli mesin gunting rambut dan memberi amaran kepada para pelajar yang tidak mengikut peraturan di sekolah.

Image via @idijohan_angklung_ (TikTok)

Image via @idijohan_angklung_ (TikTok)

"Lelaki je tau cemasnye hadiah cikgu tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka dan ada juga yang berkongsi pengalaman semasa di zaman sekolah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 195.6K likes dan 4,610 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @idijohan_angklung_ (TikTok)

Image via @idijohan_angklung_ (TikTok)

Image via @idijohan_angklung_ (TikTok)

Image via @idijohan_angklung_ (TikTok)

Auto cuak pelajar lelaki lepas tengok barang cikgu dia tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment