seismik

"Beware Of Scammers" - Ini Respon Netizen Selepas AirAsia Bertanya Soalan Di Twitter

Ramai yang mengambil peluang meluahkan perasaan mereka.

Cover image via @airasia (Twitter) & Kalinga TV

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Twitter merupakan satu platform media sosial yang menjadi pilihan ramai untuk mereka berkongsi pandangan dan pendapat

Malah, ramai juga yang suka memberikan pelbagai reaksi mereka di sini. Selepas dua tahun berlalu, akhirnya sempadan sedikit demi sedikit sudah dibenarkan untuk kita semua melancong ke luar negara. Tentu sekali ini adalah berita yang menggembirakan.

Namun, lain pula dengan ciapan Twitter yang tular ini selepas akaun daripada AirAsia bertanyakan pendapat pelanggannya di laman itu telah mendapat respon ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Tanya soalan pandangan tentang nasihat bagi mereka yang pertama kali mahu menaiki kapal terbang

Menerusi ciapan itu, akaun tersebut telah menanyakan apakah nasihat orang ramai bagi mereka yang baru pertama kali mahu menaiki kapal terbang.

Namun, ciapan itu bertukar menjadi 'panas' apabila ramai yang meluahkan nasihat dan padangan mereka tentang syarikat penerbangan itu.

Hal ini kerana, mereka memberitahu syarikat itu mempunyai banyak masalah yang tidak sepatutnya berlaku.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Forbes

"Buy ticket at random time and date cuz AirAsia will reschedule everything for you" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pandangan mereka dan berkongsi pengalaman mereka ketika menggunakan perkhidmatan syarikat itu.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih 713 comments, 1,322 retweets dan 304 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Twitter:

Alamak, kalau betul macam tu harap selepas ini mereka dapat tingkatkan kualiti perkhidmatan :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: