[VIDEO] Gadis Luah Rasa Penat Hadap Insomnia 3 Minggu, Tapi Sedih Sebab Kena Kecam Pula
Ada tak cara untuk selesaikan masalah macam ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mendapat tidur yang cukup sememangnya dapat menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja dan belajar
Namun, bagi mereka yang menghadapi masalah tidak boleh tidur atau insomnia sudah pasti membuatkan mental dan fizikal sangat letih.
Sama seperti apa yang dialami oleh seorang gadis ini apabila dia meluahkan rasa penat kerana tidak dapat tidur selama tiga minggu telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tertekan dah tiga minggu tak boleh tidur, sampai kena ambil ubat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cicimariposa, kelihatan dia meluahkan perasaaan penatnya di akaun peribadi TikTok bahawa dia mengalami masalah tidak dapat tidur.
Menurutnya, dia telah mencuba pelbagai cara untuk memenatkan badannya supaya dapat tidur termasuklah berjalan seharian dari Kuala Lumpur ke Port Dickson semata-mata mahu melelapkan mata.
Namun, usaha itu hanya sia-sia kerana ia tidak berjaya. Malah, apa yang lebih mengecewakan adalah apabila dia dikecam oleh beberapa individu selepas berkongsi masalah yang dialaminya itu.
"Aku penat sangat-sangat. Korang nampak je aku happy tapi korang tak tahu apa yang aku rasa di sebalik camera. Please be nice to everyone guys, tak susah pun," katanya.
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
"Saya pernah kena, doktor cakap badan penat tapi otak tak penat. Dapat ubat tidur jugak. Stay strong akak" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 360.2K views, 41.3K likes dan 404 shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Ada yang menyuruh gadis itu berjumpa dengan ustaz dan mencuba rawatan Islam kerana risau dia terkena sihir.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Image via @cicimariposa (TikTok)
Susah juga kan kalau ada masalah macam ni, penat mental dan fizikal :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment