[VIDEO] Muka Terus Berubah, Hasil Solekan MUA Untuk Nenek Ini Buat Ramai Terkedu
Ajaib terus.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bersolek atau menggunakan make up sudah pasti boleh membuatkan seseorang itu nampak berbeza
Terutamanya bagi para wanita, kerana mereka amat gemari bersolek ini betul tak? Ia juga sedikit sebanyak mampu menaikkan keyakinan diri mereka. Kebiasaannya mereka akan bersolek apabila mempunyai majlis istimewa.
Namun, adakalanya solekan mampu membuat wajah nampak lebih muda dari usia sebenar. Seperti video yang tular di Twitter ini yang memaparkan wajah sebelum dan selepas solekan dari seorang nenek telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Wajah berubah terus nampak lebih muda dari asli
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang make up artis berkongsi hasil solekan yang dilakukannya ke atas seorang nenek.
Pada awalnya, dapat dilihat dia menyapukan cecair berwarna cerah dari tona asli kulitnya. Namun, selepas beberapa solekan, wajah nenek itu berubah nampak lebih muda dan lebih anggun dari wajah aslinya.
Antara rahsia yang digunakan jurusolek tersebut adalah pelekat untuk menarik kulit supaya menjadi tegang.
Image via @ninikfarm (Twitter)
Image via @ninikfarm (Twitter)
"Kalau make up tebal macam ni mukanya berat tak?" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tercengang melihat hasil solekan dari jurusolek itu dan bertanya pelbagai soalan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 985.2K views, 8,775 likes dan 550 comments di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Make up sememangnya boleh buat wajah nampak muda guys :)
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment