seismik

Kening Jadi Tebal & Lurus, Pengantin Ini Redha Tengok Hasil Makeup Walaupun 'Menyakitkan'

Kesian dia!

Cover image via @muajulia91 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis perkahwinan adalah momen yang paling tidak dapat dilupakan oleh pengantin

Pada hari inilah mereka diraikan sebagai suami dan isteri di hadapan ramai tetamu. Malah, hiasan pelamin dan dekorasinya juga pasti menaikkan lagi seri mereka.

Tetapi, lain pula dengan video yang berlaku pada pengantin ini apabila terpaksa redha dengan hasil makeup artisnya telah menarik perhatian ramai.

Difahamkan video itu telah tular di TikTok sebelum ini dan meraih pelbagai reaksi netizen. Begitupun, pemilik video bertindak ‘private’ videonya daripada tatapan umum hanya pengikutnya saja dapat melihat video berkenaan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tetap gembira meraikan walaupun muka pengantin nampak sedih

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi makeup seorang pengantin yang baginya kelihatan agak teruk sehingga terpancar dimuka pengantin itu sendiri.

Dia berkongsi antara bahagian yang menarik perhatian iaitu pada bahagian kening pengantin. Ia jelas kelihatan kening pengantin itu begitu tebal dan lurus seolah-olah seperti menggunakan pembaris.

Walaupun begitu, pengantin tersebut tetap gembira meraikan hari bahagianya meskipun mukanya kelihatan sedih dengan situasi itu.

"Kesian dia, patutnya hari kahwin hari paling cantik untuk dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 49.3K likes dan 2,445 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hmm, kalau benda ni jadi dekat korang apa yang korang buat?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: