32 Stesen Catat Rekod Bacaan IPU Tidak Sihat, Pasir Gudang Kekal Paling Tinggi
Satu stesen telah merekodkan sangat tidak sihat setakat pagi ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak 32 stesen di seluruh negara melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat
Hanya satu stesen telah merekodkan sangat tidak sihat setakat pagi ini.
Berdasarkan data daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor telah merekodkan bacaan tertinggi sangat tidak sihat iaitu 203.
Larkin, Johor, dengan bacaan kedua tertinggi (192); Nilai, Negeri Sembilan (189); Johan Setia, Selangor (183); Klang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan (181).
Bandaraya Melaka pula mencatatkan bacaan 178, diikuti Bukit Rambai, Melaka (177); Pengerang, Johor (175); Seri Manjung, Perak (173); Putrajaya (173) dan Batu Pahat, Johor (173).
Bacaan tidak sihat juga direkodkan di Port Dickson, Negeri Sembilan (171); Batu Muda, Kuala Lumpur (170); Banting, Selangor (170); Alor Gajah, Melaka (170); Kluang, Johor (170); Petaling Jaya, Selangor (169); Shah Alam, Selangor (169) dan Cheras, Kuala Lumpur (168).
Tambahan lagi dalam situasi yang sama, Tangkak, Johor (165); Tanjung Malim, Perak (164); Kota Tinggi, Johor (163); Segamat, Johor (159); Temerloh, Pahang (157); Pegoh, Ipoh, Perak (156); Kuala Selangor, Selangor (155); Tasek Ipoh, Perak (153); Rompin, Pahang (153); Tawau, Sabah (152) dan Jerantut, Pahang (140).

Beberapa stesen merekodkan bacaan sederhana
Sandakan, Sabah pula merekodkan bacaan 110, Taiping, Perak mencatatkan 103, di mana 35 stesen lagi merekodkan nilai bacaan sederhana.
Pada masa itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan Sarawak.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan MalaysiaAmaran ribut petir di beberapa tempat di kawasan Klang Valley turut diramalkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via