Bolehkah Kongsi Gambar Menyusu Di Media Sosial? Ini Penjelasan Mufti WP Buat Ibu Bapa

Boleh menyusu di tempat awam, tapi ada syaratnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & Gambar janaan AI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila terdapat beberapa ibu yang memuat naik video mereka sedang menyusukan anak di tempat awam secara terbuka

Perkara ini telah menjadi perbualan hangat yang diperbincangkan netizen sama ada perbuatan menyusukan anak (breastfeeding) di tempat awam boleh atau tidak.

Menurut laporan dari web Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyusukan anak menggunakan istilah al-Rido' yang bermaksud kata nama yang bertujuan untuk menyampaikan susu seorang perempuan ataupun apa yang terhasil daripada susunya ke dalam perut bayi.

Ia adalah satu bab yang sangat penting dalam fiqh kerana dengannya boleh tersabit hukum mahram disebabkan oleh penyusuan dan mengakibatkan beberapa hukum-hakam yang berkaitan nasab.

Isu yang dijawab adalah mengenai trend BRELFIE (breasfeeding + selfie) tetapi berkaitan dengan apa yang berlaku baru-baru ini dimana terdapat beberapa ibu yang memuat naik video mereka sedang menyusukan anak di tempat awam seperti pengangkutan awam, kedai makan, bangku awam dan banyak lagi tempat lain.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Image via Google Gemini

Sifat malu adalah perhiasan wanita

Jabatan Mufi Wilayah Persekutuan menjelaskan malu itu adalah perhiasan wanita. Al-Quran juga tidak lepas dari memperkatakan tentangnya.

فَجَآءَتۡهُ إِحۡدَىٰهُمَا تَمۡشِي عَلَى ٱسۡتِحۡيَآءٖ قَالَتۡ إِنَّ أَبِي يَدۡعُوكَ لِيَجۡزِيَكَ أَجۡرَ مَا سَقَيۡتَ لَنَاۚ

Maksudnya: Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami".(Al-Qasas: 25)

Menurut tafsiran dari Syeikh Abdul Rahman al-Sa'di Rahimahullah, ayat ini menunjukkan betapa mulianya keturunan dan baiknya akhlak wanita tersebut. Malu itu adalah dari akhlak-akhlak yang terpuji khususnya pada wanita.

Isu ini adalah isu akhlak dan juga nilai moral yang sepatutnya dititikberatkan oleh setiap Muslim dan masih boleh diperbetulkan dan diluruskan.

"Hukum menyusukan anak di tempat awam dengan menjaga aurat dan adab adalah dibolehkan namun perkara ini menjadi masalah jika perbuatan memuat naik gambar (video dalam kes sekarang) sedang menyusukan anak di media sosial menjadi ratapan ribuan mata orang ramai"

Menyusukan anak bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana ia menjadi kebiasaan para ibu tetapi apabila bayi itu menangis apabila kelaparan ibu itu perlu bersedia di mana sahaja untuk menyusukan anak.

Tindakan memuat naik video atau gambar menyusukan anak tidak menetapi ciri-ciri akhlak Islam yang sebenar dan boleh mengundang fitnah ke atas diri ibu tersebut.

SAYS.com
Image via alodokter

Bagi mengelakkan fitnah, ini beberapa saranan yang boleh dilakukan:

  1. Pilihlah tempat yang tertutup ketika menyusukan bayi meskipun di tempat awam.
  2. Tidaklah perlu selfie ketika menyusu sekalipun menutup aurat
  3. Pilihlah pakaian yang sopan, menutup aurat yang mana akan menyenangkan proses penyusuaan bayi.
  4. Berbincanglah dengan suami cara yang terbaik untuk selesaikan isu penyusuaan anak.
  5. Kemudahan-kemudahan seperti bilik khas untuk menyusukan bayi perlu banyak diasaskan terutamanya di tempat-tempat awam, pusat-pusat membeli belah dan juga tempat-tempat yang difikirkan perlu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: