Indonesia Dedah Tiada Aduan Rasmi Dilaporkan Ada Jerebu Dari Negara-Negara ASEAN
Difahamkan, Malaysia bersetuju untuk bekerjasama dengan Indonesia dalam melaksanakan pembenihan awan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jakarta, Indonesia mengesahkan tiada aduan formal telah dibuat oleh jiran-jiran Asia Tenggara
Walaupun terdapat jerebu yang telah menyelubungi beberapa negara di ASEAN, negara tersebut mengatakan tiada aduan formal telah dilakukan.
Pembakaran besar-besaran dari Kalimantan dan Sumatra telah membuat jerebu merebak ke serata Malaysia, Singapura dan Filipina. Udara pula telah bertukar menjadi tidak sihat.
Terdapat beberapa pelajar di ketiga-tiga negara yang kini telah belajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPDR) akibat jerebu teruk.
Dilaporkan oleh Jakarta Globe, wakil Menteri Luar Indonesia, Yvonne Mewengkang mengatakan tiada aduan diterima walaupun terdapat jerebu.
"Kami masih belum menerima surat protes dari negara yang berdekatan dengan kami. Tiada lagi aduan setakat hari ini," ujar Yvonne.

Jerebu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II.
Image via Jakarta GlobeLaporan jerebu dari ahli ASEAN tetap diterima setiap hari
Seorang lagi wakil Menteri Luar, Vahd Nabyl A Mulachela mengatakan ahli-ahli ASEAN akan memberikan laporan jerebu setiap hari termasuk kawasan di mana asap berkenaan akan bergerak supaya lebih mudah diambil tindakan.
Kerjasama di antara negara juga akan dimulakan dan ASEAN telah mengisukan "Tahap 3" atau "risiko tinggi jerebu teruk merentasi sempadan".
Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan, perbincangan pembakaran hutan telah dilakukan dengan Presiden Prabowo Subianto ketika BRICS di India hujung minggu lepas.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Image via hotfmKedutaan Malaysia juga mengesahkan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama dalam melaksanakan pembenihan awan bagi meningkatkan lagi peluang untuk hujan.
ASEAN juga mempunyai persetujuan mengenai jerebu yang telah wujud sejak sedekad lalu di mana ahli ASEAN bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dari segi konsultasi atau perundingan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via