Stesen Radio Ireland Mula Boikot Lagu Ed Sheeran Susulan Kontroversi Macklemore
Kami percaya adalah penting untuk mendengar suara pendengar kami – Classic Hits Radio.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah stesen radio Ireland telah membuat keputusan untuk menghentikan lagu Ed Sheeran dimainkan di stesen radio mereka
Kejadian ini berlaku susulan kontroversi membabitkan rapper, Macklemore yang disingkirkan daripada konsert jelajah Ed Sheeran.
Dilaporkan oleh Stuff, Classic Hit Radio, salah satu stesen radio terbesar di Ireland, telah mengumumkan bahawa keputusan ini telah dipertimbangkan dengan teliti.
Dave Kelly, Pengarah di Bay Broadcasting yang mengendalikan stesen berkenaan, mengatakan tindakan itu bukan bertujuan sebagai penilaian peribadi terhadap Ed Sheeran, sebaliknya mengiktiraf penjelasan Sheeran sendiri mengenai situasi berkenaan.
"Bagaimanapun, sebagai sebuah stesen radio bebas milik Ireland, kami percaya adalah penting untuk mendengar suara pendengar kami dan berdiri teguh di samping artis-artis Ireland yang telah membuat keputusan profesional yang jelas amat penting berdasarkan pegangan mereka sendiri," kata Kelly.

Pendirian kami adalah mudah, kami mempercayakan keamanan
Stesen radio tersebut juga memastikan pendirian mereka difahami oleh orang ramai.
"Pendirian kami adalah mudah. Kami percaya kepada keamanan, kemanusiaan, rasa hormat serta hak individu dan artis untuk menyuarakan dan bertindak mengikut pandangan yang dipegang secara ikhlas oleh mereka," katanya.
Ketegasan pandangan ini telah disuarakan oleh pendengar stesen radio tersebut dan oleh artis-artis Ireland yang terlibat dalam jelajah tersebut.
Oleh sebab itu, menggantungkan muzik Ed Sheeran daripada senarai lagu adalah keputusan yang wajar buat Classic Hits Radio.

Tindakan stesen radio itu telah mendapat banyak pujian daripada netizen bukan sahaja dari Ireland tetapi juga dari seluruh dunia.
Kontroversi penguguran rapper Macklemore daripada senarai pembukaan persembahan jelajah Loop Tour Ed Sheeran menjadikan ramai orang marah dari serata dunia. Hal ini berikutan Macklemore yang dikatakan terlalu lantang menyuarakan nasib Gaza dan Palestin di atas pentas.

Sheeran mendakwa perkara ini berada di bawah bidang kuasa beberapa entiti lain, termasuk pemilik stadium yang membuat bantahan terhadap Macklemore.
Dia juga telah menjelaskan dia telah berbincang dengan penganjur, penyedia venue dan beberapa pihak berkaitan mencari jalan penyelesaian. Tetapi kata muktamad tidak terletak di tangannya.
Keputusan ini hanya melibatkan Classic Hits Radio dan bukannya larangan muzik Ed Sheeran di seluruh Ireland.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via